PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat negara ini supaya terus bersikap 'celik politik'.
Berucap dalam acara Sidang Nadi Rakyat KEADILAN di Petaling Jaya semalam, Anwar mengingatkan sikap tidak peduli politik dalam kalangan pengundi akan menyebabkan "orang-orang yang korup" menjadi pembuat keputusan yang seterusnya akan memberi kesan kepada generasi masa depan.
"Sekarang ada yang sinis terhadap politik kerana perangai (pihak politik) yang biadab dan zalim.
"Tapi kalau kita pilih untuk tolak politik, kita humban masa depan anak-anak kita (untuk) ditentukan oleh orang-orang yang korup.
"Tak kira Melayu, Kadazan, Cina atau India, kita ada pilihan. Jangan izinkan rakyat 'dihumban'," kata presiden KEADILAN itu sambil mengingatkan setiap individu ada kuasa untuk memilih antara yang baik dan buruk.
Dengan mengambil kira keadaan semasa, Anwar berkata rakyat "tiada pilihan" selain memberi sokongan mereka kepada HARAPAN pada pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Walaupun tidak bertujuan mempertahankan pentadbiran gabungan itu selama 22 bulan sebelum dijatuhkan melalui 'Langkah Sheraton', Anwar berkata tidak dapat dinafikan peluang untuk mentadbir negara itu digunakan oleh pemimpin yang dilantik menjadi menteri untuk memperkenalkan perubahan dasar yang memberi kebaikan kepada rakyat.
Beliau antara lain membangkitkan usaha Setiausaha Agung DAP Anthony Loke ketika menjadi menteri pengangkutan dan Presiden Amanah Mohamad Sabu ketika menjadi menteri pertahanan.
Sementara itu jelas Anwar tiada siapa kini dapat menafikan kemiskinan di Malaysia semakin memburuk dan jurang miskin kaya semakin melebar.
![]() |
Rakyat ada hak tentukan masa depan negara |
"Ini bukan soal kaum. Ada elit politik Melayu yang khianat, ada Cina dan India yang kaut untuk daripada pekerja, termasuk pekerja asing.
"Semuanya terpalit dalam salah guna kuasa dan rasuah," katanya lagi
0 Comments