PRU15: Rafizi dilantik panglima perang KEADILAN


TIMBALAN Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Mohd Rafizi Ramli diberi amanah mengetuai "pasukan pilihan raya" dalam persediaan parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu diberitahu Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang diadakan pada Rabu.

"Kita yakin insya-Allah dapat mengangkat martabat dan kedudukan KEADILAN dan HARAPAN. Untuk itu, saya telah mencadangkan agar Rafizi selaku Timbalan Presiden mengetuai pasukan perang pilihan raya ini.

"Rafizi akan diberikan wewenang  (kuasa untuk berbuat sesuatu) untuk bergerak secepat mungkin bagi memperkuat jentera pilihan raya parti," kata Anwar dalam sidang media sebaik selesai mesyuarat itu.

Anwar sementara itu turut memaklumkan, bagi usaha itu Rafizi akan dibantu naib-naib presiden serta Pengarah Pilihan Raya Fuziah Salleh.

Dalam mesyuarat yang berlangsung selama 1 jam 30 minit berakhir pada kira-kira jam 10 malam itu turut melantik beberapa individu untuk mengisi jawatan penting parti itu.

Nurul Izzah Anwar,timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), K Saraswathy dan Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari sebagai Naib Presiden.

Rafizi diarah kuatkan jentera secepat mungkin
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan William Leong masing-masing diminta meneruskan tugas mereka sebagai Setiausaha Agung dan Bendahari Agung seperti sebelum ini.

Manakala Manivannan Gowindasamy, Christina Liew, Rodziah Ismail,Abun Sui Anyit dan R Yusneswaran dilantik sebagai Ahli MPP.

 Zahir Hassan dilantik Ketua Setiausaha Pengelola, manakala Fahmi Fadzil diberi amanah sebagai Ketua Penerangan KEADILAN yang baharu.

Post a Comment

0 Comments