Protes harga barang: Rara, Adam dan Mandeep dipanggil polis


 PIHAK Polis dilapor bakal memanggil 30 individu dikenal pasti terlibat dalam protes menuntut harga barang diturunkan di Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman semalam.

Ketua Polis Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya dalam kenyataan berkata hasil pemerhatian dibuat pihaknya mendapati seramai lebih kurang 100 orang terdiri daripada mahasiswa, ahli parti politik, beberapa individu yang dikenal pasti.

Mereka berhimpun sambil memegang plakad dan banner bertulis ‘potong gaji menteri’, ‘turun & lawan’ dan lain-lain lagi.

Sehubungan itu pihaknya telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Terdahulu, kira-kira 500 peserta dari kumpulan yang menggelarkan dirinya sebagai Gerakan Turun, berkumpul di luar kompleks beli-belah itu menuntut kerajaan bertindak segera menangani isu kenaikan harga barang yang menekan rakyat secepat mungkin.

wakil mereka mengulang kembali lima tuntutan mereka terhadap kerajaan iaitu menuntut pemotongan gaji menteri dan timbalan menteri, menuntut agar bantuan yang bermaruah dapat diberikan kepada semua lapisan masyarakat dan menuntut agar kerajaan mengekalkan subsidi sedia ada serta tidak mengurangkan sebarang bentuk subsidi yang lain.

Mereka juga menuntut agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengawal harga barangan dan makanan kafeteria dan vendor di dalam universiti kerana berlakunya peningkatan harga makanan yang mendadak mahu pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah jaminan makanan (food security).

Sebaik ucapan merekan berarak ke Dataran Merdeka, namun kemudian dihalang pihak polis.

Sementara itu setiausaha politik kepada timbalan pengerusi kebangsaan DAP Gobind Singh Deo, Mandeep Singh, mengesahkan dia salah seorang individu yang dihubungi polis untuk disiasat.

Mandeep sahkan dirinya dipanggil polis
Katanya individu lain dalam senarai yang dipanggil polis termasuk Adun Ketari dari DAP, Young Syefura Othman; Ketua Pemuda KEADILAN, Adam Adli Abdul Halim, bekas Setiausaha Agung Muda, Amir Abdul Hadi; Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy, serta pengasas bersama Undi18 Nur Qyira Yusri dan Tharma Pillai.

"Kami akan berbincang dengan peguam kami untuk langkah seterusnya," kata Mandeep dipetik laporan media.

Post a Comment

0 Comments