Politik 'bebal' lahirkan kerajaan 'bangang', kata Anwar


KERAJAAN dipimpin Ismail Sabri Yaakob dianggap sebagai “bangang” apabila hanya bertindak menubuhkan jawatankuasa khas Kabinet bagi menangani harga barang selepas enam bulan rakyat bergelut dengan kenaikan harga barang.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penubuhan jawatankuasa itu sepatutnya  diadakan lebih awal sebelum kenaikan harga barang berlaku.

“Harga barang sudah naik enam bulan sebelum Raya Puasa, ini nak masuk Raya Haji, lepas ini Raya Cina, baru minggu lalu tubuh jawatankuasa Kabinet, ini kerajaan apa?

“Saya pernah beberapa tahun dalam kementerian, dengar saja nak naik harga barang, sebelum naik sebulan, dua bulan sebelum nak raya kita tubuh jawatankuasa Kabinet tangani masalah, jadi boleh kawal harga.

“Sekarang harga sudah naik melambung RM13, RM14 1kg ayam baru buat jawatankuasa Kabinet…’bangang’, tak membantu sama sekali masalah rakyat, tak prihatin,” katanya.
 
Ucapan Anwar dipercayai merujuk kepada langkah kerajaan mengumumkan penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bagi membantu rakyat menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup, Rabu lalu.

Mengulas kelemahan yang berlaku dalam kerajaan hari ini, Anwar yang juga Presiden KEADILAN itu menggesa rakyat menolak pemimpin politik yang merompak harta rakyat dan rasuah.

Anwar turut menyelar pihak yang 'menunggang' isu perkauman dan agama bagi menakut-nakutkan rakyat untuk melakukan perubahan dalam politik negara.

Anwar kecam langkah lewat tangani kenaikan harga
"Orang kata kita bukan kerajaan Islam kerana berbaik dengan DAP…’podah’ ini hanya politik orang bebal.

“Muflis idea apabila berbicara soal agama, bicara soal kaum tetapi mendera rakyat,” katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments