Pemilihan untuk singkir kem Anwar hanya cerita dongeng


DAKWAAN sesetengah pihak yang mendakwa Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022 sebagai langkah menyingkirkan kem Presiden disifatkan fitnah untuk memecahbelahkan parti itu.

Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata menang atau kalah pertandingan sudah menjadi tradisi pertandingan dan semua pihak perlu menghormatinya dengan terbuka.

"Saya menafikan dakwaan ini (Pemilihan KEADILAN 2022 untuk singkirkan kem Anwar) kerana ini semua adalah cerita dongeng. Apa yang berlaku sebenarnya semua adalah jelas, ada pemilihan dan ada yang kalah atau menang.

"Selepas pemilihan tiada lagi 'team' ini atau 'team' itu, kita semuanya dalam satu 'team' yang sama.

Menang atau kalah adat bertanding
"Menang atau kalah semua ada, kalau kalah cuba lagi dan yang menang pula jangan sombong sangat," katanya.

Sebelum ini beberapa pihak mendakwa kem Anwar gagal menguasai pemilihan tersebut apabila majoriti daripada mereka tewas manakala kem Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli dikatakan lebih mendominasi keputusan dan pucuk pimpinan parti.


Mengulas lanjut, Jimmy berkata, apa yang perlu dilakukan ketika ini adalah bergerak ke hadapan serta merapatkan saf kepimpinan kerana pemilihan sudah berakhir dan kini tumpuan untuk mengukuhkan parti.

Post a Comment

0 Comments