MoU kestabilan politik: KEADILAN akan bincang dengan sekutu


PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa parti pimpinanya akan mengadakan perbincangan dengan sekutunya, DAP dan Amanah mengenai Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pakatan Harapan (HARAPAN) dan kerajaan persekutuan yang akan berakhir hujung bulan ini.

Langkah itu jelasnya memandangkan  DAP dan KEADILAN mempunyai ahli majlis baharu selepas pemilihan kedua-dua parti yang diadakan baru-baru ini.

"Bagi tafsiran MoU, ia tidak semestinya berakhir pada Julai atau semasa pilihan raya. Jadi kita akan melihat kerana kita tidak mahu dilihat tidak memberi tumpuan kepada masalah rakyat.

"Sebagai contoh, sebaik sahaja kita menamatkannya (MoU), adakah kita memaksa diadakan pilihan raya umum? Kita tidak mahu memaksa kerana terdapat perkara penting yang perlu ditangani,” katanya dipetik laporan Bernama.

Anwar sebelumnya diminta mengulas sama ada HARAPAN berminat untuk melanjutkan MoU berkenaan.

Pada 13 Septeber 2021, kerajaan Persekutuan dan HARAPAN memeterai MoU  bagi membentuk kerjasama dwipartisan merangkumi aspek pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

HARAPAN fokus isu kepenting rakyat


Pada 14 April lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dilaporkan memutuskan supaya MoU antara kerajaan Persekutuan dan HARAPAN tidak diteruskan lagi selepas ia berakhir.


Namun Pengarah Komunikasi HARAPAN, Fahmi Fadzil menegaskan bahawa UMNO tidak boleh mencampuri urusan kedudukan  Mou itu kerana secara amnya ia hanya melibatkan pihaknya bersama kerajaan dan bukannya antara parti-parti politik mendokong kerajaan.

Post a Comment

0 Comments