BEKAS Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu di panggil polis semalam untuk disoal siasat berhubung flash mob membantah kenaikan harga barang dihadirinya baru-baru ini.
Peguamnya, Faiz Fadzil dalam kenyataan berkata, siasatan terhadap Presiden Amanah itu yang dijalankan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bermula pada jam 11.15 pagi dan berlangsung kira-kira dua jam.
Difahamkan siasatan dijalankan menurut seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Terdahulu Mohammad Sabu menyertai flash mob di Jalan Jati, Shah Alam yang terletak dalam kawasan Parlimen yang diwakili beliau.
Flash mob itu adalah unjuran dari perhimpunan membantah kenaikan harga barang yang dibuat Amanah pada 1 Julai lalu di depan Masjid Kampung Bharu, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah pada 16 Julai lalu menggesa orang ramai menjauhi sebarang demonstrasi untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kenaikan harga.
Gesaan itu susulan video yang tersebar di media sosial yang menggesa orang ramai menyertai ‘flashmob’ membantah kenaikan harga barang yang mendadak baru-baru ini.
Sementara itu Faiz dalam kenyataan semalam turut memaklumkan bahawa pihak berkuasa merampas telefon bimbit Mohamad Sabu.
Mereka berpendapat tidak ada kewajaran untuk polis merampas telefon bimbit berkenaan kerana video yang dipersoalkan oleh pihak berkuasa tiada kaitan dengan peranti tersebut.
“Ini satu tindakan yang tidak wajar memandangkan video tersebut tiada kaitan dengan telefon bimbit YB Presiden.
“Saya telah menerima arahan YB Presiden untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak Polis kerana bertindak melanggar hak privasi dan prinsip keadilan yang dijamin Perlembagaan Persekutuan,” katanya lagi.
Difahamkan polis kemudian telah memulangkan telefon bimbit milik Mohamad Sabu, namun Faiz berkata beliau percaya pihak berkuasa telah mengambil data dari telefon berkenaan.
“Telefon bimbit anak guam saya, YB Mohamad Sabu sudah dikembalikan. Tetapi saya percaya pihak polis telah mengambil data dari telefon tersebut,” katanya dalam satu kenyataan lain di media sosial.
Peguamnya, Faiz Fadzil dalam kenyataan berkata, siasatan terhadap Presiden Amanah itu yang dijalankan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bermula pada jam 11.15 pagi dan berlangsung kira-kira dua jam.
Difahamkan siasatan dijalankan menurut seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Terdahulu Mohammad Sabu menyertai flash mob di Jalan Jati, Shah Alam yang terletak dalam kawasan Parlimen yang diwakili beliau.
Flash mob itu adalah unjuran dari perhimpunan membantah kenaikan harga barang yang dibuat Amanah pada 1 Julai lalu di depan Masjid Kampung Bharu, Kuala Lumpur.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah pada 16 Julai lalu menggesa orang ramai menjauhi sebarang demonstrasi untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kenaikan harga.
Gesaan itu susulan video yang tersebar di media sosial yang menggesa orang ramai menyertai ‘flashmob’ membantah kenaikan harga barang yang mendadak baru-baru ini.
Sementara itu Faiz dalam kenyataan semalam turut memaklumkan bahawa pihak berkuasa merampas telefon bimbit Mohamad Sabu.
Mereka berpendapat tidak ada kewajaran untuk polis merampas telefon bimbit berkenaan kerana video yang dipersoalkan oleh pihak berkuasa tiada kaitan dengan peranti tersebut.
“Ini satu tindakan yang tidak wajar memandangkan video tersebut tiada kaitan dengan telefon bimbit YB Presiden.
![]() |
Isu kenaikan harga barang jadi perhatian rakyat |

0 Comments