PIHAK Berkuasa polis dilapor telah mengklasifikasi kes klip video tular mengenai isu subsidi membabitkan bekas Senator KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail sebagai "tiada tindakan lanjut" (NFA).
"Kenyataan kepada polis lengkap dalam masa 10 minit sahaja. Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Bukit Aman mengesahkan kesnya diklasifikasikan sebagai 'NFA'," kata peguamnya Adly Zulfadhly Zulkefly menurut laporan Malaysiakini.
Terdahulu Siti Aishah dipanggil untuk memberi keterangan oleh di Bukit Aman susulan video di aplikasi media sosial TikTok mengenai keputusan kerajaan tidak meneruskan harga kawalan siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak bagi pek kemasan botol mulai 1 Julai lalu.
Menyifatkan 1 Julai sebagai tarikh derita kepada rakyat Malaysia, Siti Aishah juga meminta rakyat berbangkit dan menolak kerajaan hari ini pada pilihan raya akan datang.
Asalnya polis meminta Siti Aishah hadir pada 4 Julai untuk direkodkan kenyataannya. Bagaimanapun, dia meminta tarikh itu ditangguhkan selepas Hari Raya Aidiladha, yang dipersetujui polis.
Sementara itu Siti Aishah melalui satu kenyataan kemudian, Siti Aishah berkata polis membuat keputusan itu kerana terdapat satu lagi kertas siasatan yang telah dibuka dan disiasat oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung video yang sama.
Beliau memuji keputusan pihak polis itu dengan menyifatkannya sebagai kematangan penguatkuasa.
Berbanding menyiasat kritikan terhadap kerajaan, bekas Ketua Srikandi KEADILAN itu menegaskan bahawa polis mempunyai banyak lagi isu-isu penting yang perlu diselesaikan mereka.
![]() |
Tak perlu takut kritik pemerintah, tegas Siti Aishah |
“Kepada rakyat Malaysia tahniah saya ucapkan, ayuh bangkit selamatkan negara ini daripada terus diratah oleh pemerintah yang zalim yang menggunakan ruang demokrasi sebagai alat untuk menutup mulut rakyat dari bersuara.
“Itimidasi tidak akan mengurangkan semangat juang ini,” katanya.
0 Comments