PRESIDEN parti Warisan, Shafie Apdal dikritik susulan kenyataanya bahawa parti pimpinannya akan akan bekerjasama dengan gabungan yang memenangi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook melahirkan rasa kecewanya atas kenyataan oleh bekas Ketua Menteri Sabah itu yang menurutnya sebagai “tidak berprinsip” dan "tidak masuk akal"
“Kalau sesuatu gabungan itu dah menang, adakah dia nak bekerjasama dengan parti lain lagi? Kecuali kalau dia tak menang. Baru dia nak bekerjasama.
“Saya berasa dukacita dengan kenyataan tersebut. Saya rasa ini satu pandangan yang mungkin nampak macam tak berprinsip, yang pertama. Yang Kedua, tak masuk akal,” kata Ahli Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) itu.
Ahad lalu, media melaporkan Shafie mewajarkan keputusan itu dengan berkata ia bagi memastikan kestabilan politik dan menjaga kepentingan rakyat.
Bagaimanapun, Shafie menegaskan ia harus menjadi kerjasama yang bijak dan adil, dan mesti mengutamakan kepentingan rakyat.
"Sama ada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan (menang PRU-15), bila rakyat sudah buat keputusan, kita kena hormat.
"Selepas pilihan raya, rakyat putuskan… nakkan kestabilan politik tetapi mesti ada kerjasama pintar," katanya menjawab soalan sama ada Warisan mahu bekerjasama dengan BN untuk membentuk kerajaan sekiranya gabungan politik itu memenangi PRU-15 dalam sesi perkongsian secara langsung dalam talian di laman Facebook.
Kenyataan Shafie turut dibidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Mohd Yadzil Yaakub.
![]() |
Apakah Shafie sanggup 'jual diri' demi jawatan? |
"Jika Shafie ada prinsip, sepatutnya prinsip itulah yang diperjuangkan tanpa mengira siapa yang menang. Bukan melupakan prinsip hanya kerana mahu diterima oleh pemenang," tegasnya.
0 Comments