PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan beliau terlepas peluang menjadi perdana menteri setelah hilang sokongan menjadi perdana menteri setelah enggan campur tangan dalam perbicaraan mahkamah membabitkan pemimpin Umno sekiranya menjadi Perdana Menteri.
Anwar sebelumnya mengulas dakwaan dibuat bekas pengarah pilihan raya Umno Malaysia Tajuddin Abdul Rahman pada 27 Jun lalu mengenai wujudnya SD ditandatangani Ahmad Zahid dan Ahli Parlimen parti itu untuk menyokong Anwar menggantikan Mahiaddin.
Menurut Anwar, selepas beliau menetapkan pendirian untuk tidak campur tangan dalam perbicaraan Najib, bekas Perdana Menteri itu Ahli Parlimen Bagan Datuk, Ahmad Zahid Hamidi menarik semula sokongan.
Apa yang berlaku sesudah itu, menurut Anwar, beliau diminta untuk memberi kepastian bahawa urusan mahkamah membabitkan pemimpin Umno - khususnya Najib - tidak diteruskan.
Mereka katanya mahu beliau menggunakan kuasa sebagai perdana menteri untuk memastikan perbicaraan tersebut tidak berterusan.
"Saya tidak bersedia melakukan hal itu.
"Jadi, walaupun jumlah sokongan mencukupi dan laluan sebagai perdana menteri sudah cukup kuat, saya tidak bersedia untuk berkompromi dalam soal kebebasan badan kehakiman," katanya.
Ekoran keengganan itu kata Anwar Najib kemudian mengusulkan nama lain sebagai calon perdana menteri pada saat-saat akhir.
Anwar mendakwa telah mendapat sokongan 120 ahli parlimen untuk menjadi perdana menteri pada 2020, termasuk 15 daripada Umno, sokongan itu menurutnya dibuat melalui perakuan bersumpah (SD).
SD itu walau bagaimanapun tidak dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong melaluinya sebaliknya dihantar terus ke Istana Negara.
"Ada (SD) yang dikirim terus ke istana, termasuk yang disebut 15 dari Umno, tetapi HARAPAN pada masa itu menyatakan bahawa jumlah sokongan menjangkau sehingga 120.
"Prinsip (HARAPAN), kami tidak menerima SD daripada Najib dan Zahid tetapi menjadi hak dia untuk tandatangan menyokong sesiapa ikut proses (yang ada)," kata Anwar.
Walau bagaimanapun Ahli Parlimen Port DIckson itu menegaskan tindakan Najib dan Zahid menarik semula sokongan tidak sepatutnya menjadi isu kerana walaupun tanpa SD kedua mereka, HARAPAN masih memiliki jumlah majoriti - iaitu 118 - untuk membentuk kerajaan.
Tajuddin dalam sidang medianya baru-baru ini mendakwa ditekan oleh Ahmad Zahid untuk menurunkan tandatangan pada SD menyokong Anwar.
Mengulas pendedahan itu, Anwar menegaskan bahawa disebalik pelbagai tuduhan dan diperolo-olokkan pelbagai pihak yang meragui kenyataan dibuatnya, kenyataan Tajuddin telah membuktikan beliau memang sudah mendapat sokongan mencukupi untuk menjadi perdana menteri kira-kira dua tahun lalu.
Katanya dia juga mengambil sikap enggan menjawab tuduhan tersebut kerana berpendapat hubungan dengan pihak istana perlu dikekalkan dalam keadaan beradab.
Malah kata Anwar dia bersyukur kerana keadaan sebenar apa yang berlaku ketika itu terbongkar dengan sendirinya melalui pendedahan Tajuddin.
"(Ia adalah) dalam cara kita memuliakan institusi raja dan juga menghormati prinsip perlembagaan.
"Kalau ditakdirkan jadi (perdana menteri), alhamdulillah jadilah begitu, kalau tidak pun, kita bersabar dan teruskan perjuangan.
"Tapi yang nyata sekarang, orang yang buat tohmahan itu telah melakukan kesalahan besar dan fitnah, malah mempermainkan, memperolokkan di media sosial begitu dan begini.
"Ada yang beranggap kita sedia buat apa saja termasuk bersekongkol dengan kleptokrat (untuk jadi kerajaan), itu tak benar," katanya.

![]() |
Tohmahan terhadap Anwar telah terjawab |

0 Comments