Anwar, Rafizi bincang agenda kukuhkan KEADILAN


DATUK SERI
Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama bakal Timbalan Presiden, Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar pada Selasa.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Presiden KEADILAN itu menerusi perkongsian gambar di Facebook miliknya pada Rabu.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) berkata, pertemuan berkenaan adalah sesi bual santai sambil membincangkan agenda untuk memperkukuhkan kekuatan parti itu.

"Semalam (Selasa) ketemu saudara Rafizi Ramli sambil diapit saudari Nurul Izzah. Bual santai selain bincang agenda memperkukuh Keadilan," tulisnya dalam muat naik itu.

Sementara itu pertemuan ketiga-tiga pemimpin itu mendapat reaksi positif dengan rata-rata menyifatkan, Rafizi dan Nurul Izzah adalah pemimpin pelapis KEADILAN dalam membawa agenda reformasi.

Rafizi yang juga bekas Pengarah Strategik parti itu sebelum ini menjangkakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan dilaksanakan dalam tempoh beberapa bulan sahaja lagi.

Pertemuan dapat reaksi positif warganet
Susulan itu beliau memaklumkan akan bertemu Anwar dalam kadar segera bagi membincangkan persediaan parti itu dalam menghadapi pilihan raya.

Rafizi juga sebelum ini menyuarakan keyakinan bahawa parti itu akan kembali kuat apabila keseluruhan anggota dari akar umbi ke presiden bergerak dengan satu strategi dan masing-masing melaksanakan tugasan dengan berkesan.

 

Post a Comment

0 Comments