SEBANYAK 20 persatuan pelajar universiti memberi 'kata dua' kepada kerajaan supaya segera bertindak menyelesaikan isu kos sara hidup rakyat di negara ini.
Dalam satu sidang media semalam, kumpulan itu berkata, mereka telah berbincang dan bersepakat untuk turut ke jalan raya sekiranya kerajaan gagal bertindak segera terhadap isu yang menjadi perbincangan ramai itu.
Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Aliff Naif yang menjadi jurucakap kumpulan tersebut berkata dalam perbincangan itu juga sebanyak lima ketetapan dipersetujui.
Satu daripadanya ialah menuntut agar gaji menteri dan timbalan menteri - dalam kabinet yang dianggap besar dan "tidak masuk akal" sekarang - dipotong.
Langkah itu jelasnya adalah untuk menunjukkan kumpulan terbabit bersama-sama dengan rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup yang menekan.
"Kami juga menuntut agar bantuan bermaruah dapat diberikan kepada semua lapisan masyarakat.
"Bantuan sedia ada jelas tidak mencukupi dan tidak dapat mengurangkan beban rakyat akibat kenaikan harga barang," katanya dipetik.
Antara kesatuan pelajar yang menyokong kenyataan tersebut ialah Kesatuan Pelajar UIA, Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Demokrat UKM, Demokrat UM, Suara Mahasiswa UMS, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia dan Republikan UKM
Selain pemotongan gaji menteri dan timbalan itu juga mereka mahu kerajaan mengekalkan subsidi sedia ada, sebarang langkah mengurangkannya tegas kumpulan itu akan memberi tekanan lebih dahsyat kepada masyarakat.
Mereka juga mahu Kementerian Pengajian Tinggi serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengawal harga barangan serta makanan di kafe serta vendor dalam institusi pengajian tinggi (IPT).
"Kami juga mahu kerajaan menyelesaikan isu jaminan makanan (food security) kerana ini adalah masalah asas dan perlu diselesaikan segera," katanya sambil menegaskan bahawa kerajaan perlu memberikan penyelesaian jangka pendek dan panjang terhadap isu itu kerana ia menyentuh kelangsungan hidup rakyat di negara ini.
![]() |
K'jaan diberi amaran segera selesai isu rakyat |
"Dengan tuntutan kami , atau kami akan turun (ke jalan raya). Aksi kami seterusnya akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya lagi.
0 Comments