KEADILAN mesti menang, selamatkan rakyat dan negara - Saifuddin


 PARTI Keadilan Rakyat (KEADILAN) perlu memenangi dan memimpin kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU), tegas Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Pada ucapan sempena Persidangan Kongres Nasional Tahunan ke-16 parti itu di Shah Alam pada Sabtu, Saifuddin berkata kemenangan itu penting demi menyelamatkan rakyat dan negara ini.
 
"Masuk PRU dengan matlamat jelas untuk menang dan memimpin kerajaan baru demi menyelamatkan rakyat dan negara. Masuk PRU15 untuk menang bukan untuk jadi pembangkang.

"Membiarkan kerajaan yang ada sekarang terus berkuasa dan kita menunggu PRU untuk membiarkan kerajaan sekarang berkuasa adalah satu malapetaka besar," kata Setiausaha Agung KEADILAN itu.

Tambah Saifuddin, kongres kali ini akan mengikhtiarkan kesedaran memastikan kemenangan tersebut dengan hala tuju lebih jelas.

"Kongres dua hari ini, insyaALLAH akan mengikhtiarkan usaha ke arah itu dengan arah tuju yang akan diletakkan garis besar oleh presiden,"tambahnya.

Pada ucapan itu juga, Saifuddin mengingatkan kepemimpinan baharu supaya  menggalas amanah menyelamatkan negara terutama dalam keadaan politik tidak menentu.

Kita masuk PRU dengan matlamat jelas
"Ketika ini keadaaan politik memperlihatkan tak wujud kestabilan, ekonomi masih tenat, kehidupan rakyat pula terus tertekan dan kadar inflasi mencanak serta kos sara hidup juga semakin tinggi.

"Di tengah suasana inilah KEADILAN mengadakan kongres tahunan dengan membawa tekad untuk terus mengukuhkan parti dan menguatkan Pakatan Harapan (HARAPAN) serta menjana seluruh kekuatan baharu untuk mendepani PRU-15," katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments