Anwar tak mahu jadi PM jika gadai maruah


MENGAKUI
pernah ditawarkan menjadi Perdana Menteri pada tahun lalu, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak meneruskannya kerana tidak mahu bersubahat dengan pemimpin dikaitkan rasuha.

Anwar mendedahkan perkara itu semasa menyampaikan ucapan dasar pada perasmian kongres Nasional ke-16 KEADILAN di Shah Alam hari ini.

Menurutnya, peluang itu diperoleh apabila beliau mendapat majoriti mencukupi menerusi sokongan akuan bersumpah (SD) daripada 105 ahli Parlimen pembangkang dan 15 daripada UMNO.

"Ada orang kata 'sudahlah, Anwar gagal'.

"Dengar sini, (jika) nak saya berjaya  atau menjadi PM dengan menjilat perasuah, pilih presiden lain," katanya disambut sorakan perwakilan kongres.

Mengulas lanjut perkara itu, Anwar berkata keputusan tidak meneruskan perkara itu dibuat pada saat akhir apabila beberapa pemimpin UMNO yang berdepan pertuduhan jenayah dakwanya meminta beliau menutup kes mereka.

"Untuk beri pengakuan yang saya akan menutup kes melibatkan tokoh-tokoh utama dalam UMNO-BN, saya jawab tak mungkin.

“Nota untuk saya menjadi perdana menteri telah pun ditandatangani dan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong tetapi saya tidak menjadi perdana menteri kerana saya enggan menyokongnya.

Tak perlu jadi PM jika jual maruah
“Jika parti rasuah boleh ‘bermain’ dengan Yang di-Pertuan Agong, apatah lagi rakyat di negara ini.
 
"Saya tak minta maaf (kepada mereka). Saya kata terima kasih, kita lawan dan hadapi dalam pilihan raya, insya-Allah," katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments