Anwar bukan liabiliti, tapi pemimpin terbaik kemudi negara



PRESIDEN KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanbukanlah beban atau liabiliti dalam parti itu seperti dicanang musuh politiknya.

Ketika merasmikan Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) 2021 dan 2022 semalam, Setiausaha Agung parti itu, Saifuddin Nasution Ismail menegaskan Anwar merupakan pemimpin terbaik dalam mengemudi parti dan Pakatan Harapan menuju pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Cerita yang merujuk Anwar sebagai liabiliti ini sejak 1999 lagi, bukan benda baharu... tetapi hakikatnya, Anwar yang kononnya dianggap liabiliti dan simbol kepada KEADILAN telah menang lima kerusi Parlimen pada 1999 dan (kini) 48 kerusi Parlimen pada 2018 dan bentuk kerajaan,” katanya.

Menjelaskan betapa seriusnya tuduhan dikenakan terhadap Anwar, Saifuddin berkata bekas Timbalan Perdana Menteri itu bukan sahaja dikritik parti luar, malah turut berdepan kecaman dari dalam KEADILAN sendiri.

Namun Anwar jelasnya mengambil sikap terbuka terhadap kritikan itu.

“Sehinggakan pada tahap bukan sahaja (beliau boleh) ditegur, dikritik dan dihentam terbuka oleh lawan, parti-parti sahabat bahkan hari ini pun kritikan terbuka terhadap sosok beliau kencang datangnya dari dalam parti dan oleh pimpinan sendiri,” katanya.

Saifuddin melalui ucapannya juga menegaskan bahawa Anwar merupakan calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan (HARAPAN) memenangi pilihan raya akan datang. Pendirian itu diputuskan dalam temurapat KEADILAN di Subang Jaya baru-baru ini.

Diserang fitnah, Anwar digeruni seteru politiknya
"Keputusan pimpinan (adalah), KEADILAN akan masuk PRU15 dengan matlamat untuk menang dan memerintah; dan jika rakyat beri mandat, calon perdana menteri adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Dalam ucapannya juga, Saifuddin turut mengajak perwakilan untuk terus memberikan sokongan dan ketaatan kepada Anwar di dalam mengemudi parti itu mengharungi liku-iku politik negara.


 

Post a Comment

0 Comments