PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menjawab isu 'Pandora Papers' 'sebelum mendesak beliau untuk berundur.
Pada satu sidang media di Shah Alam semalam Anwar berkata, terdapat pemimpin kononnya mahu membanteras rasuah, namun sebaliknya mereka terlibat dengan rasuah sehingga mengaut sehingga berbilion ringgit.
“Sudah tentu Tun Daim Zainuddin adalah orang terakhir yang melihat saya sebagai Perdana Menteri.
"Saya jelaskan tidak ada perkara peribadi (antara kami berdua), namun saya tahu (apa yang berlaku dalam isu Pandora Papers) kerana saya mengambil alih Kementerian Kewangan selepas beliau.
“Apabila saya bercakap tentang skandal Pandora dan semua skandal kewangan yang lain, orang menggunakan jawatan mereka untuk mengumpul kekayaan serta mengaut berbilion ringgit. Dia perlu menjawab hal ini.
“Saya tidak perlukan simpati atau sokongan dari dia dan ada kalangan mereka ini bercakap mengenai kuasa ketiga dan isu tadbir urus telah mendapat hasil daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Mereka menganggap rakyat Malaysia bodoh,” katanya dipetik laporan media.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang turut berkata, bahawa beliau percaya Daim semestinya tidak akan tidur lena seandainya beliau menjadi Perdana Menteri.
Pandora Papers adalah laporan yang mendedahkan senarai urus niaga membabitkan tokoh politik, ahli perniagaan dan selebriti yang membuka akaun di pusat kewangan luar pesisir di serata dunia.
Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) mendedahkan ratusan pemimpin dunia, ahli politik berpengaruh, hartawan, selebriti, pemimpin agama dan pengedar dadah menyembunyikan kekayaan mereka sejak 25 tahun yang lalu.
Sementara itu, Anwar berkata, beliau pernah mempersoalkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pelantikan Daim sebagai ketua penasihat ekonomi kerajaan pada 2018.
Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu menjawab ia keputusannya kerana Daim boleh memberi nasihat.
"Jadi berbalik kepada soal itu, saya tidak menyerang Daim secara peribadi tetapi beliau jangan anggap saya boleh ditakutkan jika saya memilih untuk mendedahkan skandal ini.
"Soal dia terselamat selama ini, tanyalah Perdana Menteri sebelum ini, malah dia dilantik sebagai ketua penasihat ekonomi Pakatan Harapan. Saya keluar penjara dan saya nasihat Tun Dr. Mahathir Mohamad, bagaimana orang yang terlibat dengan semua ini boleh dilantik namun Mahathir cakap itu keputusan dia,” katanya.

![]() |
Anwar gesa Daim jawab isu 'Pandora paper' |

0 Comments