INSIDEN pengkhianatan yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berpunca dari lemah jati diri sehingga dikaburi tawaran pangkat dan harta, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika merasmikan Kongres Nasional ke-16 KEADILAN di Shah Alam semalam, Anwar yang juga Presiden Parti itu menuntut semua ahli pimpinan mengambil iktibar dan tidak terikut dengan sikap bekas pemimpin berkenaan.
Beliau sebaliknya menyeru semua anggota untuk terus mengukuhkan kekuatan, kesabaran dan sikap kasih sayang bagi meneruskan perjuangan.
"Memang betul wujud kisah si Kitol dan Raja Mendeliar. Dahulu ada reformis yang bersama-sama dengan kita tetapi bila diberi kuasa dan harta, kilauannya mengaburi mata mereka.
“Jangan terikut kerana ia menghakis idealisme dan berlaku pengkhianatan. Parti tidak boleh ditegak dengan kebencian," kata Anwar.
Mengulas lanjut, Anwar berkata bahawa beliau akan memastikan parti itu utuh, bersatu dan kekal inklusif.
Namun beliau turut mengakui parti itu memerlukan idea segar dan nafas baharu untuk kekal relevan.
![]() |
Anwar akan pastikan KEADILAN kekal utuh |
"kita tak boleh nafikan sumbangan rakan yang tewas pemilihan. Mereka akan terus beri sumbangan pada parti dan perjuangan,” katanya.
0 Comments