PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin tiga negeri dikuasai gabungan itu mampu dikekalkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Dipetik wawancara bersama Media Selangorkini, Anwar yang juga Presiden KEADILAN berkata tiga negeri berkenaan - Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang telah mencatatkan kemajuan yang jauh lebih baik berbanding negeri lain.
Bagi memastikan kemenangan dapat dicapai dengan lebih cemerlang, beliau menegaskan bahawa pemimpin dan jentera seharusnya tidak hanya menumpukan pada penyebaran maklumat kejayaan dasar masing-masing di negeri sendiri tetapi juga di negeri-negeri lain.
“Saya opitimis kita boleh pertahan, kemenangan bergaya di negeri-negeri ini. Cabaran kita untuk sampaikan maklumat ini di luar.
“Secara objektif kalau kita lihat kemajuan dan langkah-langkah yang diambil di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang ketimbang (berbanding) negeri lain jauh mengatasi.
“Tetapi ini perlu pencerahan, perlu makluman, rakyat perlu tahu apa dasar mengenai pendidikan di Selangor ketimbang negeri lain.
“Ini sebab saya katakan kita usaha beri penerangan. Kita sudah tahu di Selangor tetapi tidak boleh puas hati. Jentera Selangor harus turun ke negeri lain buat penerangan,” katanya dipetik.
Mengulas lanjut pandangannya, Anwar berkata bahawa rakyat yang tinggal di negeri-negeri ditadbir HARAPAN sudah sedia maklum dengan dasar kejayaan mereka walaupun ada propaganda dan maklumat salah disebar secara berleluasa untuk memberi persepsi buruk kepada gabungan itu.
“Umpamanya di Selangor pada peringkat awal 2008, kalau masih ingat. Hari-hari serangan DAP soal ternakan khinzir, soal sekolah tiap hari dan berbulan-bulan.
“Sekarang kalau di Selangor sudah tidak laku tetapi kalau negeri lain masih digunakan lagi untuk menyerang,” katanya.
Beliau turut mengimbas kembali insiden ketika dia berkempen pada pilihan raya negeri Johor lalu ditanya oleh seorang individu yang berkata mereka bersetuju dengannya tentang kemajuan negeri-negeri pimpinan HARAPAN, namun mempersoalkan mengapa laungan azan tidak dibenarkan di masjid di Pulau Pinang.
“Saya dari Pulau Pinang, masjidnya masih kuat ceramah. Kalau mikrofon baru, kuat lagi.
“Itu yang kita faham. Jadi, propaganda murahan dan fitnah itu kadang-kadang mengesankan.
“Maknanya, jentera kerajaan, wakil-wakil rakyat jangan pandang ringan dan selesa kerana musuh politik kita akan cari helah untuk mencari fitnah-fitnah baharu kerana orang-orang ini dia ikut Joseph Goebbels (menteri propaganda Nazi).
![]() |
Politik fitnah merupakan politik bacul |
“Yang ini dia faham tetapi tentunya faham ini faham yang menyesatkan kerana ini bertentangan dengan nilai Islam. Jadi, bagi kita berbeza daripada politik biasa. Soal nilai integriti, soal akhlak mesti diterap dalam ahli kita,” katanya lagi.
0 Comments