Ia susulan kenyataan dibuat Najib berhubung isu rampasan dua anak syarikat gergasi minyak Malaysia Petronas yang diperbadankan di Luxembourg oleh waris kesultanan Sulu yang menurut mereka sebagai mengelirukan.
Ketua Strategi Pemuda Amanah Ammar Tan berkata, laporan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 499 dan 505 Kanun Keseksaan.
"Kami membuat laporan polis terhadap Najib kerana kenyataan yang dikeluarkannya beberapa hari lalu yang menuduh pihak lain dan melepaskan diri daripada masalah yang disebabkannya ketika mentadbir negara.
"Niat kenyataan itu jelas untuk mencetuskan kekeliruan di kalangan rakyat, melemparkan kesalahan, dan menjejaskan kerajaan sekarang," katanya selepas membuat laporan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi.
Turut serta adalah dua peguam Pemuda Amanah, Fadhli Umar dan Azri Abdullah.
Azri memberikan beberapa perincian laporan polis yang dibuat, termasuk beberapa hantaran yang dibuat Najib di Facebook.
"Jika anda lihat hantarannya sejak Mac hingga dua hari lalu, dia nyatakan tuntutan daripada kesultanan Sulu hanya difailkan pada 2019, ketika HRAPAN menjadi kerajaan.
"Namun, jika anda semak rekod, anda dapat lihat dengan jelas yang prosiding bermula pada 2017, dua tahun sebelum HARAPAN menjadi kerajaan
"Hantaran ini mengandungi kenyataan yang berniat memanipulasi dan mengelirukan orang ramai.," kata Azri.
Sementara itu, Umar berkata pihaknya berpandangan bahawa hantaran Najib bukan sahaja mengelirukan, namun satu bentuk penipuan jelas.
"Hantaran ini adalah penipuan jelas...Kami harap Najib dapat berhenti bertindak seperti seorang 'tentera siber' dan tidak lagi membuat cerita palsu seperti ini," katanya.
Terdahulu, waris kesultanan Sulu yang dikatakan menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia dilaporkan merampas dua anak syarikat gergasi minyak Malaysia Petronas yang diperbadankan di Luxembourg.
Financial Times yang berpangkalan di London dalam laporannya berkata, pihak peguam berkata mereka merampas Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, yang dilaporkan bernilai AS$2 bilion.
![]() |
Najib didakwa cuba alih kelemahan kepada pihak lain |
Mereka, jelasnya cuma ingin orang ramai tahu bahawa apabila bayaran tidak lagi dibuat terhadap pihak kesultanan Sulu, ia merupakan kelalaian kerajaan pada masa itu.
"Tiada tindakan diambil terhadap kecuaian ini di mahkamah, yang akhirnya menyebabkan kita berdepan dengan perkara ini," kata Azri dipetik.
0 Comments