AHLI PARLIMEN dari parti PAS dan UMNO diingatkan supaya tidak berlagak hero susulan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.
Khalid Samad yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam berkata, sekiranya kedua-dua parti itu tidak menerima 'katak' yang lompat parti semta-mata ingin membentuk kerajaan tanpa mandat rakyat, maka pengkhianatan secara besar-besaran terhadap Pakatan Harapan (HARAPAN) yang dipilih rakyat pada pilihan raya lalu tidak akan berlaku.
“Jatuhnya HARAPAN oleh kerana pengkhianatan dan lompat parti ini tidak akan berlaku kalau UMNO dan PAS tidak bersekongkol serta sanggup terima katak-katak ini untuk membentuk kerajaan
“Jadi, saya harap pembahasan-pembahas daripada PAS dan UMNO janganlah berlagak macam hero hendak mempertahankan mandat,” katanya dipetik.
Tegasnya lagi, rakyat telah melihat dengan jelas sikap dan pendirian Ahli Parlimen daripada kedua-dua parti itu apabila menerima ahli Parlimen daripada PH yang melompat kira-kira dua tahun lalu.
“Rakyat tahu kamu lah (Ahli Parlimen Pas dan UMNO) yang telah mengkhianati rakyat kerana kamu menerima katak-katak ini untuk membentuk kerajaan, sedangkan kamu tahu rakyat telah memberi mandat kepada HARAPAN,” katanya.
Sebagai rekod, kerajaan HARAPAN yang dibina melalui mandat diberi rakyat hanya bertahan selama 22 bulan apabila berlaku kemelut politik yang dikenali sebagai 'Langkah Sheraton' pada Feb 2020.
Langkah Sheraton merujuk kepada pertemuan 11 bekas ahli parlimen KEADILAN diketuai Azmin Ali bersama ahli politik dari Bersatu, UMNO, PAS, GPS di Hotel Sheraton Petaling Jaya.
Mereka kemudian bersepat membentuk gabungan politik baru dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN), di mana PAS merupakan sebahagian daripadanya.
![]() |
Langkah Sheraton dianggap pengkhianatan demokrasi |
"Terima kasih ahli-ahli parlimen PAS dan yang se-Sheraton dengannya," kata ahli parlimen Kota Raja itu dalam hantaran Facebook.
0 Comments