MAJLIS Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) memaklumkan bahawa Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai dengan kerajaan akan berkuatkuasa sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Perkara itu dinyatakan susulan kenyataan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bahawa MoU baharu antara kedua pihak tidak akan ditandatangani.
Majlis Presiden mengambil maklum kenyataan Perdana Menteri dua hari lalu bahawa satu MoU baharu tidak akan ditandatangani.
“Ini bermakna MoU yang dimeterai pada 13 September 2021 akan terus berkuatkuasa selagi mana Parlimen ke-14 belum dibubarkan, sepertimana yang dinyatakan dalam Perkara 2.1 MoU,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama.
Kenyataan itu ditandatangani Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamed Sabu mewakili Parti Amanah Negara (Amanah), Anthony Loke (DAP) dan Madius Tangau (UPKO).
Dalam kenyataan sama, mereka turut menzahirkan rasa gembira dan berbangga bahawa Rang Undang-Undang pindaan Perlembagaan melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti telah diluluskan dengan sokongan 209 Ahli Dewan Rakyat.
Namun begitu, masih banyak yang perlu dilakukan untuk memperbetul keadaan politik dan demokrasi dalam negara, serta menjamin episod khianat seperti Langkah Sheraton tidak akan berlaku lagi di masa hadapan.
“Dengan lulusnya pindaan Perlembagaan ini, maka 15 dari 18 Perkara yang dipersetujui di dalam MoU ini telah dilaksana, bersamaan 83.3 peratus.
Sehubungan itu Majlis Presiden mengarahkan wakil Jawatankuasa Pemandu MoU dari gabungan itu agar mengadakan mesyuarat pada kadar segera bersama wakil-wakil Kerajaan bagi membincangkan baki tiga lagi janji pembaharuan yang dibuat oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam MoU itu yang belum ditunaikan termasuk berkait pendanaan politik.
![]() |
Tiga lagi perkara dalam MoU belum dilaksana |
0 Comments