Flashmob harga barang: Mat Sabu di soal siasat polis lagi


BEKAS Menteri Pertahanan, Mohammad Sabu sekali lagi dipanggil pihak polis untuk dirakam keterangan berhubung tindakannya menyertai flashmob membantah kenaikan harga barang pada 16 Julai lalu.

Dipetik laporan Malaysiadateline, Presiden Amanah itu diambil keterangan selama 30 minit di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Selatan dan memberi kerjasama baik kepada pihak polis.

Ini merupakan siasatan kedua dalam tempoh seminggu selepas beliau dipanggil pada 19 Julai lalu ke IPD Bukit Aman untuk diambil keterangan berkaitan video pra-flashmob harga barang.
 
“Dalam satu minggu, dua kali dipanggil pihak polis soal himpunan flashmob.

"Saya dah beri keterangan dan kerjasama pada polis. Siasatan pertama di Bukit Aman berhubung video penganjuran flashmob. Hari ini dipanggil atas penyertaan ke himpunan tersebut,” katanya dipetik.

Mohammad Sabu secara berseloroh turut berkata, beliau kembali menjadi 'pelanggan' pihak polis selepas tak lagi menjadi menteri.
 
Sementara itu peguam yang mewakili Mat Sabu memaklumkan siasatan hari ini dilakukan atas Akta Himpunan Aman.

Sekurang-kurangnya 5 himpunan telah diadakan pelbagai pihak bagi membantah kenaikan harga barang yang bermula 1 Julai lalu.

Pada Sabtu lalu, kira-kira 500 peserta berhimpun di hadapan kompleks membeli belah Sogo di Kuala Lumpur bagi membantah kenaikan harga barang.

K'jaan dikritik setelah gagal kawal harga barang
Kumpulan penganjur yang menamakan diri mereka sebagai 'Turun' menuntut kerajaan bertindak mengawal harga barang, selain memastikan bekalan makanan cukup bagi semua rakyat.

Mereka turut mahu gaji menteri dipotong, pendekatan subsidi dikekalkan, bantuan tunai lebih besar kepada golongan memerlukan.

Polis turut dilapor memanggil beberapa individu dikenalpasti dalam perhimpunan itu untuk disoal siasat.

Post a Comment

0 Comments