BEKAS calon KEADILAN bagi kerusi DUN Kempas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor antara pemimpin terkini dipanggil polis bagi memberi keterangan berhubung flash mob membantah kenaikan harga barang pada 2 Julai lalu
Dipetik laporan Malaysiakini,Napsiah memberitahu bahawa beliau dipanggil ke Balai Polis Bukit Jelutong untuk disoal siasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012, ia selepas laporan polis dibuat berhubung bantahan itu.
Napsiah memberitahu portal Malaysiakini bahawa selain mewakili KEADILAN, beliau juga pengerusi NGO Bidadari yang membantah kenaikan harga barang yang sekarang menekan rakyat .
"Sementara saya menghormati tanggungjawab polis menjalankan tugas, saya juga ingin mengingatkan pihak berkuasa bahawa adalah hak rakyat untuk berhimpun secara aman seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
"Kami membawa suara rakyat menuntut harga barang yang melambung diturunkan, dan subsidi dikembalikan," katanya.
Selain bekas ketua wanita KEADILAN Johor itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Adam Adli Abdul Halim bersama lima lagi anggota sayap pemuda parti itu sebelum ini dilapor telah dipanggil untuk disoal siasat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung bantahan serupa di Pasar Seni Jumaat lalu.
Adun Mentakab Woo Chee Wan turut dilapor dipanggil memberi keterangan berhubung tindakan serupa menghadiri bantahan tersebut.
Ahmad Nizam Hamid daripada KEADILAN Temerloh berkata bahawa sebelumnya beliay bersama Woo dan seorang lagi aktivis politik Rosli Ismail telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh bagi memberikan keterangan berkaitan bantahan kenaikan harga barang.
"Kami menegaskan menjadi hak dan kewajiban rakyat untuk menzahirkan ketidakpuasan hati di atas kegagalan kerajaan hari ini mengawal kenaikan harga barang yang keterlaluan.
"Di atas premis ini kami tidak akan sesekali berhenti dari memperjuangkan kepentingan rakyat terbanyak.
![]() |
Rakyat merintih harga barang mahal |
Sementara itu Adam berkata polis sebaliknya perlu memberi tumpuan kepada isu yang lebih mendesak seperti rasuah dan salah guna kuasa.
0 Comments