PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada Putrajaya agar tidak mengulangi kesilapan lalu dimana kerajaan didapati lambat bertindak dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir.
Anwar yang juga Presiden KEADILAN menyatakan ketegasan itu susulan bencana banjir lumpur melanda beberapa kampung di Baling yang meragut tiga nyawa.
Melalui hantaran di laman Facebook rasminya, Anwar menggesa supaya kerajaan mengambil tindakan pantas bagi membantu dan menyelamatkan mangsa yang terkesan dengan banjir itu.
“Saya gesa tindakan pantas diambil bagi membantu mereka (di Baling) yang terkesan. Usah ulangi episod lalu di mana kerajaan gagal berfungsi dan lambat menyampaikan bantuan,” katanya.
Pada Isnin, hujan lebat selama tiga jam telah menyebabkan berlakunya insiden kepala air serta banjir membabitkan 11 kampung di daerah Baling.
Antara kampung terlibat ialah Kampung Bendang Padang, Kampung Iboi, Kampung Padang Ampang, Kampung Tok Saba, Kampung Hangus, Kampung Pisang, Kampung Sadik, Kampung Kitang, Kampung Tanjung, Kampung Lata Celak dan Kampung Badak Ampang.
Tiga sekeluarga dilaporkan dihanyutkan arus dalam kejadian kepala air dan banjir di Kampung Iboi membabitkan seorang wanita hamil dan ibu mentuanya serta seorang remaja.
Mayat Nurul Anis Abu Hassan, 28, yang hamil empat bulan ditemui bersama ibu mentuanya, Salmah Mat Akib, 53, jam 9.30 pagi di bawah timbunan batang pokok yang turut dihanyutkan arus deras.
Sementara itu dilaporkan seramai 334 mangsa banjir dari sembilan kampung telah dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan sementara susulan hujan lebat semalam.
![]() |
Anwar ingatan k'jaan jangan lembab bantu rakyat |
Kerajaan dikecam susulan perancangan dan tindak balas lemah terhadap bencana itu, yang menyebabkan lebih 50 nyawa terkorban.
0 Comments