K'jaan dah habis idea selesai isu harga barang?

 


PELAWAAN Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Annuar Musa agar pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) mengadakan pertemuan dengannya bagi mendengar idea mengatasi isu kenaikan harga barang dikritik.

Ketua Pemuda Parti AMANAH Nasional Hasbie Muda dipetik laporan media berkata, pelawaan itu hanya menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan Naib Presiden Umno,Datuk Seri Ismail Sabri telah buntu idea untuk menyelesaikan krisis yang berlaku.

Dengan ahli yang dilibatkan sebagai jawatankuasa tersebut menurutnya merupakan menteri-menteri yang gagal berfungsi pada peringkat kementerian masing-masing, beliau mempersoalkan apakah pasukan khas itu mampu mengeluarkan idea baharu bagi menangani isu yang kini menjadi rungutan rakyat.

Hasbie turut menyelar kerajaan dengan mengibaratkan mereka sebagai 'bodoh sombong', ia susulan keenganan kerajaan mengadakan sidang khas Dewan Rakyat bagi membincangkan isu harga barang asas seperti dicadangkan mereka pada Mei lalu.

“Sidang khas ini sangat wajar untuk semua pihak tanpa mengira pangkat dan parti dapat duduk semeja dan berbincang untuk pihak Kerajaan menerima pelbagai cadangan dan komentar daripada ahli-ahli parlimen yang berpengalaman dan mampu berfikir dari pelbagai sudut pandang dan kepakaran

“Justeru, Pemuda AMANAH Nasional mendesak sekali lagi agar YAB Perdana Menteri memanggil sidang khas Dewan Rakyat bagi membincangkan isu yang dihadapi rakyat ini,” katanya.

Pada masa sama Hasbie mempersoalkan apakah berlaku penyelewangan wang rakyat apabila banyak isu kepenggunaan berbangkit walaupun kerajaan mendakwa telah menyalurkan subsidi untuk rakyat.

 

Berlakukah penyelewengan dalam agih subsidi
"Kejayaan kerajaan HARAPAN adalah jelas apabila pelbagai program subsidi yang dijalankan adalah telus dan telah terbukti berjaya mengawal harga barangan asas khususnya ketika musim perayaan.

"Tetapi hari ini, ketirisan wang rakyat jelas berlaku apabila berbillion peruntukan subsidi tetapi masih gagal mengawal harga barangan asas rakyat," katanya dipetik.

Post a Comment

0 Comments