Bila polis nak siasat Najib, soal ADUN Sri Setia


TINDAKAN
pantas polis membuka kertas siasatan terhadap peserta perhimpunan bantahan kenaikan harga barang di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Sabtu dipersoal.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor, Halimey Abu Bakar melalui satu kenyataan berkata, himpunan bagi menyuarakan isu kehidupan rakyat yang diadakan kumpulan mahasiswa, wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik itu berlangsung aman tanpa sebarang provokasi.

Malah peserta himpunan juga tegasnya mematuhi arahan polis untuk tidak berarak melebihi halangan anggota polis serta bersurai tepat jam 3 petang seperti yang dipersetujui hasil rundingan bersama.

Dalam kenyataannya juga, Halimey yang juga ADUN Sri Petaling mempertikai mengapa tindakan serupa diambil terhadap bekas Presiden Umno, Najib Razak setelah ratusan laporan polis dibuat terhadapnya berkait isu tuntutan waris Kesultanan Sulu.

"KEADILAN Selangor mempersoalkan tindakan pihak polis yang begitu pantas membuka kertas siasatan dan mengenal pasti lebih 30 individu, seolah-olah peserta perhimpunan melakukan kesalahan jenayah.

"Lebih 200 laporan polis telah dibuat cabang KEADILAN seluruh negara terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak pada 19 Julai lalu, namun tiada kertas siasatan dibuka sehingga kini," katanya menurut laporan Sinar yang memetik kenyataan itu.

Terdahulu pihak polis dilapor memanggil ADUN Ketari, Young Syefura Othman; ADUN Puteri Wangsa, Amira Aisya Abdul Aziz; Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Adam Adli Abdul Halim, bekas Setiausaha Agung Muda, Amir Abdul Hadi; Pengarah Eksekutif Suaram, Sevan Doraisamy, serta pengasas bersama Undi18 Nur Qyira Yusri dan Tharma Pillai untuk diambil keterangan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012

Sementara itu merujuk laporan terhadap Najib sebelum ini, Halimey meminta pihak polis supaya dapat memikul tanggungjawab dengan penuh amanah dan tidak menjadi alat kerajaan sehingga mengabaikan kedaulatan negara.

"Laporan dibuat bagi membolehkan kertas siasatan dibuka dan tindakan terhadap Najib dapat diambil mengikut peruntukan kanun jenayah sedia ada.

Ratusan laporan polis difailkan terhadap Najib
"Adakah hal terkait kedaulatan negara dipandang enteng pihak polis tetapi hak rakyat untuk berhimpun secara aman yang dijamin Perlembagaan Persekutuan cuba dinafikan?, soalnya.

Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli pada Kongres Nasional KEADILAN ke-16, 17 Julai lalu meminta semua pimpinan dan cabang parti di seluruh negara membuat laporan polis terhadap Najib berhubung dakwaan kecuaiannya sehingga menyebabkan Malaysia berdepan tuntutan RM 67.5 bilion daripada waris Kesultanan Sulu.

Post a Comment

0 Comments