PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi membuat gesaan supaya syarikat gergasi berkait minyak kelapa sawit menjalankan tanggungjawab meringankan beban rakyat.
Menurut Anwar, dalam keadaan sekarang, syarikat gergasi yang memiliki ladang kelapa sawit wajar menjual bahan mentah itu kepada syarikat pembuat minyak masak pada harga lebh rendah dalam usaha membantu mengimbangi kos ni sara hidup rakyat.
“Syarikat yang mempunyai keuntungan satu atau setengah bilion, tak boleh kah peruntukan 10 hingga 15 peratus untuk penjualan dalam negara khusus untuk golongan B40 dengan harga yang lebih rendah berbanding harga (yang ditetapkan dalam) pasaran.
“Syarikat-syarikat ini patutnya beri peruntukan khas penjualan (buah kelapa sawit) murah supaya (syarikat pembuat minyak masak hasilkan minyak masak) kepada golongan miskin,” katanya.
Terdahulu, langkah kerajaan pimpinan Ismail memansuhkan harga siling minyak masak tulen botol bermula 1 Julai lalu telah menyebabkan berlaku peningkatan mendadak harga keperluan asas rumah itu.
Media melaporkan berlaku peningkatan antara 42-45 peratus harga minyak botol.
Tinjauan dilakukan Sinar Harian pada 2 Julai mendapati bagi minyak botol 5kg, jenama minyak Seri Murni naik kepada RM42.70 (44 peratus) diikuti Buruh, RM42.60 (43.5 peratus); Alif, RM42.50 (43 peratus); Vesawit, RM42.25 (42.5 peratus) dan Saji, RM42.20 (42 peratus).
Sementara itu Anwar yang juga Ketua Pembangkang mendedahkan bahawa beliau pernah mengemukakan idea itu kepada beberapa syarikat gergasi namun tidak mendapat maklum balas yang positif.
Jelas beliau, mereka memberikan alasan tidak dapat berbuat demikian kerana perlu menghormati harga yang ditentukan oleh pasaran antarabangsa.
![]() |
Apa salahnya syarikat kaya bantu rakyat |
“Saya faham sekiranya kalau barang tersebut mahal sekiranya barang tersebut kita import.
“Kelapa sawit kita hasilkan (dan apabila harganya meningkat), syarikat besar untung besar, jadi apa salahnya ada sedikit peruntukan bagi aspek ini,” soalnya.
0 Comments