Anwar arah persiap jentera, sedia hadapi PRU


PENGERUSI
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua cabang dan ranting parti itu segera menyiapkan jentera sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka bakal diadakan tidak lama lagi.

Bercakap semasa sesi penggulungan Kongres Nasional ke-16 KEADILAN di Shah Alam ada Ahad, Anwar menegaskan bahawa mereka tidak boleh merasa selesa dan menganggap tugas kepada rakyat selesai dengan pemberian bantuan kebajikan semata-mata.

“Sumbangan kepada masjid, surau itu tanggungjawab kita pada rakyat. Itu bukan persiapkan jentera.

“Kerja sebagai ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri kena teruskan tetapi dalam masa sama tetap sediakan jentera kena susun strategi. Harap perkara ini diberi perhatian,” katanya.

Dalam ucapannya juga Anwar memberi amaran tidak akan mengangkat mana-mana calon untuk mewakili parti sekiranya cabang berkenaan tidak memiliki jentera.

Siapkan jentera dan susun strategi, tegas Anwar
“Percayalah dalam penilaian kali ini, kita semak. Cabang atau calon tak ada persiapan jentera jangan harap diangkat jadi calon.

“Gendang hampir dipalu. Jadi pahlawan harus bangkit. Betul, saya kempen kuat tetapi bila jentera lemah ia akan merosakkan sistem,” katanya lagi.





Post a Comment

0 Comments