U-Turn harga ayam: warganet dakwa Umno guna skrip lama

 KEPUTUSAN kerajaan pimpinan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob membatalkan keputusan untuk menghapuskan harga siling ayam yang sepatutnya berkuat kuasa pada bulan depan disambut dengan kritikan ramai.

Ia apabila mengumuman itu diumumkan selepas kerajaan cadangan awalnya dikritik teruk persatuan dan wakil rakyat pembangkan
g.

Seorang warganet, Suleyman Shah dipetik laporan Malaysia dateline menyifatkan kerajaan cuba menjadi hero apabila membatalkan rancangan mereka sendiri dengan memberi alasan kononnya ia dilakukan kerana keprihatinan mereka kepada rakyat.

“Sendiri naikkan, bila rakyat bantah, sendiri turunkan. Lepas tu dengan bangganya sendiri cakap ini bukti keprihatinan kerajaan. Ini taktik sudah biasa,” tempelaknya.

Sementara itu, Man Lyemman pula menulis, “Skrip yang sama dimainkan semula. Dia buat dia batal dialah kononnya hero rakyat. Skrip lama dimainkan semula,” tulisnya.

Tidak kurang juga yang berpendapat keputusan terbaru kerajaan itu ada kaitan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 dan keresahan disuarakan rakyat itu dijadikan senjata bagi melembutkan hati pengundi.

“PRU nak dekat sudah, baru nampak PM prihatin,” kata Abdul Rahim Sharif.

Pendapat sama dilontarkan warganet malah menyifatkan Umno-BN jika mendapat mandat rakyat, tidak peduli pun kos barangan melambung.

Sehubungan itu, netizen mengingatkan kepada rakyat negara ini untuk tidak lagi memberi undi memenangkan BN-PN.

Terdahulu kerajaan dilapor membuat keputusan untuk membatalkan subsidi minyak dalam botol.

Ketika ura-ura kerajaan akan menyemak semula tariff elektrik, rakyat turut diberitahu bahawa harga siling ayam dan telur akan dimansuhkan.

Pengumuman itu yang dibuat ketika rakyat mula mencatu makan susulan inflasi makanan yang diburukkan dari tekanan ekonomi dihadapi mereka.

Majlis Presiden HARAPAN sebelum ini mahu kerajaan membentangkan pelan bagi meringankan isu hidup dihadapi rakyat.

Dengan semua tindakan dibuat kerajaan, tidak kurang ada yang beranggapan kerajaan telah tersasar dari keutamaan mereka.

Sendiri cadang, sendiri batalkan, sendiri rasa hero
Malah Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berkata, kerajaan Ismail memberi ubat yang salah untuk merawat sakit ditanggung rakyat.

Walau bagaimanapun disebalik semua kritikan terhadap kerajaan, Ismail menolak andaian bahawa dia membuat 'pusingan u' berhubung isu harga ayam.

Ahli Parlimen Bera itu berkata ia dibuat demi keluarga Malaysia.

Post a Comment

0 Comments