PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pemimmpin kerajaan supaya mementingkan kebajikan rakyat berbanding kepentingan tembolok mereka sendiri.
Anwar, ketika mengulas isu hidup dihadapi rakyat ketika ini berkata, isu kritikan seperti kenaikan harga barangan merupakan masalah yang perlu segera ditangani kerajaan memerintah.
“Nak pegang kerajaan bukan hanya tambah elaun, tambah menteri tetapi jaga kemaslahatan rakyat.
“(Harga) sayur, ikan, ayam, tepung naik ini masalah rakyat,” katanya dalam Jelajah Harapan di Dataran Pantai Morib, malam tadi.
Ketegasan itu disuarakan Anwar dipercayai susulan rungutan rakyat berhubung keputusan pentadbiran Ismail Sabri Yaakob untuk menghentikan penyaluran RM700 juta subsidi dengan alasan untuk menstabilkan harga ayam dan telur.
Ia juga dikaitkan dengan kenaikan elaun pengerusi bukan eksekutif FGV Holdings Bhd (FGV) dinaikkan kepada RM40,000 sebulan, berbanding RM25,000 sebelum ini yang diluluskan majoriti pemegang sahamnya dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) syarikat itu.
Isu kenaikan harga barangan bukan perkara baharu diperkatakan. Sejak beberapa bulan lalu, kerajaan telah diminta memberi perhatian serius terhadapnya.
![]() |
Sampai bila rakyat nak hidup dalam tekanan? |
Dalam pada itu, Anwar berkata walaupun kerajaan sering bertukar termasuk perdana menteri, tetapi dasar yang digunakan lebih kurang sama. kenaikan harga barangan hingga menyebabkan rakyat terhimpit menunjukkan kerajaan kurang prihatin dalam merancang isu kritikal membabitkan rakyat itu.
0 Comments