Tubuh jawatankuasa rentas parti teliti isu veteran ATM !


KERAJAAN Persekutuan dicadang agar menubuhkan jawatankuasa parlimen rentas parti untuk meneliti isu-isu yang dibangkitkan oleh veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Cadangan itu diutarakan Ahli Parlimen Bukit Bendera Wong Hon Wai sambil menegaskan ia wajar sekiranya Menteri Pertahanan Hishamuddin Hussein keberatan untuk membuat semakan terhadap tuntutan itu.

Tambahnya, jawatankuasa itu boleh juga mendengar maklum balas ATM, Pejabat Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Perbendaharaan, selain mencadangkan penyelesaian atau penyelarasan serta pindaan undang-undang.

“Veteran-veteran ini telah mengemukakan beberapa tuntutan kepada kerajaan, antaranya menuntut pelarasan dan pelaksanaan pencen kepada veteran yang tidak menerima faedah itu.

“Mereka turut menuntut pengampunan kepada bekas tentera yang diberhentikan kerana salah laku, pencen anggota sukarela yang dikerah sepenuh masa dan mengkaji semula pencen hilang upaya veteran," katanya.

Pada Isnin lebih 1,000 pesara tentera  rata-ratanya terdiri daripada kalangan warga emas dari seluruh negara berkumpul di Tugu Negara, Kuala Lumpur, bagi menyuarakan rasa tidak puas hati melibatkan kebajikan mereka.
 
Mereka menuntut pencen bagi tentara yang bersara sebelum 2013 diselaraskan, serta hak untuk menerima pencen setelah sekurang-kurangnya 10 tahun berkhidmat.

Menurut jurucakap mereka, bawah skim sekarang, kebanyakan daripada lebih 300,000 pesara tentera hidup susah dan termasuk dalam kategori berpendapatan 40 peratus terkebawah B40.

Veteran tentera tabur bakti buat keamanan negara


Tuntutan mereka turut mendapat perhatian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendesak Hishammuddin segera bertindak menyelesaikan tuntutan pesara tentera.


“Usah abaikan suara golongan veteran ATM yang telah banyak berjasa kepada negara kita,” kata Anwar dalam kenyataan sebagai mengulas tuntutan kumpulan itu.

Post a Comment

0 Comments