AHLI PARLIMEN Lembah Pantai Fahmi Fadzil mempersoalkan status cadangan pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010 (Akta 709) yang pernah dibangkitkan ketika era pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN).
Persoalan itu dibangkitkan Pengarah komunikasi parti KEADILAN itu selepas dakwaan berlaku kebocoran data baru-baru ini.
Menurutnya cadangan pindaan itu pernah diutarakan bekas menteri komunikasi dan multimedia, Gobind Singh Deo pada 12 Feb 2020, namun selepas kejatuhan kerajaan HARAPAN, status kajian semula serta cadangan-cadangan pindaan terhadap Akta 709 masih belum diketahui umum.
Sehubungan itu beliau mahu Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa dan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi supaya segera memberi penjelasan segera berhubung status kajian semula Akta 709.
Pihak kerajaan juga tegasnya mesti menjelaskan langkah-langkah yang telah diambil bagi menjamin keselamatan data peribadi rakyat Malaysia.
“Ini termasuk data peribadi yang disimpan atau dikendali agensi-agensi kerajaan,” katanya dalam kenyataan.
Minggu lalu, timbul laporan mengenai kebocoran data peribadi lebih sejuta rekod milik Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) melalui perkongsian awam-swasta Covid-19 Program Vaksinasi Industri (Pikas). Perkara itu dilaporkan kepada CyberSecurity Malaysia, yang mengatakan bahawa isu itu telah diselesaikan.
Sementara itu, terdapat dakwaan pada bulan lepas bahawa pangkalan data yang mengandungi maklumat peribadi milik 22.5 juta rakyat Malaysia ditawarkan untuk dijual melalui web gelap. Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Bukit Aman bagaimanapun sedang menyiasat perkara itu.a Anwar dalam kenyataan sebagai mengulas tuntutan kumpulan itu.
Selain itu Fahmi turut berkata, dalam tempoh 5 tahun lepas, dianggarkan lebih 100 juta set data peribadi seperti nama penuh, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan dan maklumat peribadi lain telah dicuri.
“Ini amat membimbangkan rakyat dan ekonomi negara,” tambahnya lagi.
Dalam kenyataan itu juga beliau turut membangkitkan perhatian terhadap satu kes data peribadi berprofil tinggi telah dibawa ke mahkamah.
Kecurian data merugikan rakyat dan negara |
Justeru dengan semua kebimbangan mengenai keselamatan data peribadi itu, beliau mahu Annuar menggunakan sidang Parlimen pada Julai nanti sebagai peluang untuk membentangkan pindaan kepada Akta 709.
0 Comments