Dakwaan Umno- Anwar bincang k'jaan baharu tak masuk akal


DAKWAAN seorang penganalisis politik bahawa kumpulan dalam Umno yang pro-kerajaan mengadakan perbincangan dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu dibidas.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dipetik laporan FMT berkata, dakwaan oleh James Chin daripada Institut Asia Universiti Tasmania yang dikongsikan menerusi Twitter itu “agak tidak masuk akal”.

“Saya tidak tahu dari mana dia (penganalisis itu) mendapat maklumatnya. Kalaupun ada perbincangan, kita perlu menafikan dakwaan ini. Kemungkinan selalu ada dalam politik, tetapi mesti ada perkara asas mengenainya," kata bekas Ahli Parlimen Batu itu.

James Chin dipetik laporan media berkata bahawa dia menyokong sebarang langkah rundingan itu.

Namun isu penyatu utama adalah DAP tetapi yakin bahawa persetujuan boleh dicapai jika “ada kemahuan untuk menahan seseorang dalam penjara”.

Sementara itu Tian Chua  mempersoalkan apakah kemungkinan motif pemimpin Umno yang sehaluan dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengadakan perbincangan dengan Anwar, yang merupakan pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN)

Ismail jelasnya perlu berdepan tindak balas daripada Kabinet dan Umno jika dia “begitu tidak waras” untuk mengadakan perbincangan dengan Anwar mengenai kerajaan baharu.

“Mengapa Ismail perlu membentuk kerajaan bersama kami? Bagaimana HARAPAN boleh memberi manfaat kepadanya? Mengapa kita akan berbuat demikian? Adakah perbincangan itu mengenai sokongan kami kepadanya sebagai perdana menteri atau beliau mahu memberikan jawatan itu kepada Anwar?

Tiada asas untuk kerjasama dengan 'team Ismail'
“Selain itu mengapa kita perlu sokong Ismail? Dia tidak boleh mengawal harga ayam. Inflasi juga tinggi. Jadi kita ada isu yang bagus untuk dibangkitkan terhadap kerajaan.

Mengapa kita akan menyertai mereka sekarang? Saya rasa tidak ada sebab untuk itu.” katanya sambil menegaskan bahawa perbincangan mengenai pembentukan “kerajaan baharu” hanya akan menjana lebih banyak ketidakstabilan politik di negara ini.

 

 

Post a Comment

0 Comments