BEKAS Ahli Dewan Negara Siti Aishah Shaik Ismail dipanggil polis gara-gara video dibuat mengenai isu subsidi dalam aplikasi media sosial TikTok
Dipetik laporan media, pemimpin parti KEADILAN itu berkata pihak polis bersama pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menyerbu rumahnya.
Sebuah sebuah telefon bimbit miliknya dirampas dan kemudian Siti Aishah polis telah membawa dia ke balai untuk diambil keterangan.
"Pada jam 1.40 petang tadi, tiga kenderaan, satu daripada SKMM dan dua daripada polis bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah hadir ke rumah saya yang waktu itu ada ayah saya sahaja.
"Saya pulang sekitar jam 15 minit selepas itu, mereka membuat serbuan bilik saya melihat telefon yang saya guna untuk TikTok, memuat naik video, rakaman video dan sebagainya dah dirampas dan saya bawa Balai Polis Sungai Senam, Ipoh di unit siasatan jenayah untuk disiasat," katanya pada satu kenyataan.
Sementara itu tambahnya, siasatan polis terhadapnya berkaitan video tersebut serta satu laporan polis oleh sebuah NGO di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur tempoh hari.
"Dia (polis) tidak menyebut secara jelas bahawa saya ditahan. Tetapi, saya dipanggil dan diiringi sehingga balai polis untuk merakamkan kenyataan," katanya lagi.
Pada 23 Jun lalu, Siti Aishah memuatnaik satu video mengenai keputusan kerajaan tidak meneruskan harga kawalan siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak tulen bagi pek kemasan botol mulai 1 Julai ini.
![]() |
Siti Aishah kritik kerajaan dalam isu subsidi |
Kerajaan kebelakangan ini dikritik teruk susulan kenaikan kos harga barang yang tidak ditangani dengan baik serta beberapa keputusan yang dibimbangi akan menambah tekanan hidup rakyat.
0 Comments