Rapatkan saf untuk hadapi pilihan raya , kata Antony Loke



DENGAN
selesainya pemilihan bagi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), semua pihak digesa memberikan tumpuan kepada usaha memperkukuh kerjasama dalam kalangan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Gesaan itu dibuat Setiausaha Agung DAP, Antony Loke dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam.

Jelasnya menjelang kedatangan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) semua pemimpin HARAPAN perlu merapatkan saf dan menggembleng tenaga untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat kepada gabungan tersebut.

"Dengan kerjasama yang erat dan semangat berpasukan yang tinggi serta fokus kepada perjuangan rakyat, HARAPAN mampu bangkit semula dalam PRU ke-15," katanya.

KEADILAN selesai menjalankan pemilihan kepemimpinan di pelbagai peringkat pada minggu lalu, dengan yang paling menarik perhatian adalah jawatan timbalan presiden yang ditandingi dua 'gergasi besar' dalam parti itu.

Ia ditandingi bekas menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna bertanding bersama bekas ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Rafizi mengatasi Saifuddin dengan kelebihan yang agak besar.
 
Bagi jawatan naib presiden, ia dimenangi Menteri Besar Selangor, Amirudin Shaari; Menteri Besar Negeri Sembilan Aminudin Harun; Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang; dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Untuk sayap pemuda parti itu pula, Adam Adli dilapor mendahuli pencabarnya Fahmi Zainol bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Sementara itu dalam kenyataan sama Antony Loke merakamkan penghargaan kepada Saifuddin yang selama ini menjalin hubungan dan kerjasama yang rapat dalam kalangan HARAPAN.

Banyak berperanan di belakang tabir, beliau berkata mereka bersama-sama mengurus dan menyelesaikan apa sahaja isu yang timbul dalam hubungan di antara KEADILAN dan DAP.

Antony gesa semua fokus hadapi PRU
"Hubungan kerja yang rapat ini telah membentuk satu persefahaman dan kepercayaan yang tinggi antara satu sama lain.

"Saya berharap beliau akan terus berjuang dan menyumbang tenaga demi keutuhan HARAPAN," katanya.

Sebagai rekod, Saifuddin merupakan Setiausaha Agung KEADILAN, berada di posisi itu, beliau dianggap telah menjalankan peranannya dengan sangat cemerlang.

Post a Comment

0 Comments