SEORANG pekebun kelapa sawit diperintah membayar ganti rugi RM100,000 oleh Mahkamah Rayuan kepada Pengerusi KEADILAN Sabah, Christina Liew.
Ia susulan keputusan Mahkamah yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini dalam kes tindakan saman dikemuka bekas timbalan Ketua Menteri itu kepda Leksun Injil berkaitan kenyataan fitnah berkaitan Skim Ladang Bagahak melalui video tular disiarkan pada Mei 2018 lalu.
Panel tiga anggota, terdiri daripada hakim Abdul Karim Abdul Jalil, Abu Bakar Jais dan Supang Lian, dalam keputusan sebulat suara, mendapati tiada merit dalam rayuan Injil.
Terdahulu hakim Leonard David Shim memberikan ganti rugi RM100,000 yang perlu dibayar oleh Injil kepada Liew.
Injil juga diberi injunksi, melarang sama ada dirinya, orang suruhan atau ejennya daripada menerbitkan atau menyumbang kepada penerbitan video yang memfitnah Liew.
Selain itu, Liew telah diberi faedah ke atas ganti rugi pada kadar lima peratus setahun dari tarikh permulaan tindakan sehingga tarikh penghakiman dan selepas itu sehingga tarikh realisasi.
![]() |
Rayuan Injil tiada merit, kata Hakim |
Dalam video yang dirujuk Liew, Injil mengeluarkan kenyataan berniat jahat terhadapnya di Pasar Ahad Jalan Gaya tiga hari sebelum hari pengundian PRU14, di mana Liew adalah calon mewakili KEADILAN untuk DUN Api Api dan Parlimen Tawau.
Dalam video itu, Injil menghina Liew dengan menggelarnya penipu dan calon yang tidak sesuai.
0 Comments