KESATUAN pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM) menyifatkan sebarang keputusan untuk memansuhkan subsidi dan harga siling barang keperluan asas akan menjejaskan bukan sahaja rakyat, tetapi juga golongan mahasiswa.
Melalui satu kenyataan bersama, mereka mengkritik keputusan kerajaan memansuhkan subsidi minyak dan harga siling ayam dan telur baru-baru ini dengan menegaskan bahawa ia telah diputuskan tanpa mengambil kira situasi sebenar dihadapi rakyat.
Ia jelas meraka akn menyebabkan kenaikan mendadak harga barangan dalam tempoh yang singkat.
“Kami berpendapat keputusan ini dibuat tanpa mengambil kira situasi rakyat. Pemansuhan subsidi ini akan menyebabkan harga kebanyakan barangan keperluan harian meningkat secara mendadak dalam masa yang singkat.
“Kenaikan harga barangan ini akan memberi kesan negatif kepada semua lapisan masyarakat termasuk mahasiswa dan mahasiswi,” tegas mereka.
Melalui kenyataan bertajuk “Turun Harga atau Turun Jalan Raya” berserta tanda pagar #turun itu mengingatkan bahawa kegagalan kerajaan untuk menurunkan harga barang boleh mengundang gerakan demonstrasi di jalan raya.
Dalam masa sama, kedua-dua kumpulan mahasiswa universiti di Lembah Klang itu menasihatkan kerajaan agar mengemukakan pelan yang membantu semua lapisan masyarakat dan tidak bersikap pilih kasih.
![]() |
Semua susah jika harga barang mencanak naik |
“Berhentilah menjadi pemimpin ‘Keluarga Malaysia’, jika anda sendiri menindas ahli keluarga tersebut.
“Kesatuan pelajar UIAM dan UM menuntut agar kerajaan untuk bertanggungjawab serta membentangkan langkah-langkah dan pelan untuk membendung kenaikan harga punca dari kesilapan sendiri,” tambah mereka lagi.
0 Comments