KENYATAAN bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tajuddin Abdul Rahman pada Isnin telah membuktikan bahawa apa yang pernah disuarakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini adalah benar.
Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin melalui satu kenyataan media berkata, kenyataan yang menyebut bahawa wujud gerakan mendapatkan tanda tangan Ahli Parlimen menyokong Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri jelas membuktikan Presiden KEADILAN itu tidak berbohong dalam kenyataannya sebelum ini.
“Kenyataan Tajuddin hari ini mengabsahkan ikhtiar Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk mengambil semula mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2018.
“Kenyataan beliau hari ini juga, menjelaskan bahawa memang benar HARAPAN dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai jumlah sokongan ahli-ahli Parlimen yang mencukupi untuk merampas semula kerajaan selepas mandat rakyat dikhianati melalui langkah Sheraton.
“Justeru, ejekan sebahagian khalayak yang melantunkan kata-kata kononnya Datuk Seri Anwar berbohong apabila menyatakan bahawa beliau mempunyai sokongan yang kukuh dan meyakinkan pada 22 September 2020 telah pun terjawab dengan sendirinya,” ujarnya.
Terdahulu, Tajuddin melalui sidang media khasnya di salah sebuah hotel di Petaling Jaya semalam mengakui kewujudan akuan bersumpah (SD) daripada ahli Parlimen UMNO untuk menyokong Anwar menjadi perdana menteri sememangnya wujud.
Menurut Tajuddin, beliau adalah saksi hidup yang turut menandatangani SD itu meskipun yang pada awalnya menolak cadangan pucuk pimpinan parti berkenaan.
Pada September 2020, Anwar mendakwa kerajaan Ahli Parlimen Pagoh, Mahiaddin Yassin ketika itu telah runtuh apabila beliau yakin telah mempunyai majoriti hampir dua pertiga Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.
Anwar dalam sidang media khas berkata, beliau sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk menghadap, namun terpaksa ditangguhkan selepas baginda menerima rawatan di IJN.
Walaupun tidak mendedahkan butirannya ketika itu, ada desas-desus mengatakan sokongan itu turut datang dari Ahli Parlimen UMNO yang tidak berpuas hati dengan corak pentadbiran Perikatan Nasional (PN) ketika itu.
Sementara itu Shamsul Iskandar berkata, kenyataan dikeluarkan Tajuddin juga menzahirkan bahawa pengkhianatan dan agenda peribadi telahpun menggagalkan usaha dan ikhtiar untuk merampas semula Putrajaya oleh HARAPAN.
“Sewajarnya kita sama sekali tidak boleh memberi ruang dan berkompromi kepada pimpinan yang telah dituduh dan disabitkan di Mahkamah dengan amalan rasuah dan penyelewengan yang menjijikkan.
“Mereka mesti mempunyai hari mereka di mahkamah kerana undang-undang mesti dibenarkan untuk mengambil jalannya,” jelasnya lagi.
Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin melalui satu kenyataan media berkata, kenyataan yang menyebut bahawa wujud gerakan mendapatkan tanda tangan Ahli Parlimen menyokong Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri jelas membuktikan Presiden KEADILAN itu tidak berbohong dalam kenyataannya sebelum ini.
“Kenyataan Tajuddin hari ini mengabsahkan ikhtiar Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk mengambil semula mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2018.
“Kenyataan beliau hari ini juga, menjelaskan bahawa memang benar HARAPAN dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai jumlah sokongan ahli-ahli Parlimen yang mencukupi untuk merampas semula kerajaan selepas mandat rakyat dikhianati melalui langkah Sheraton.
“Justeru, ejekan sebahagian khalayak yang melantunkan kata-kata kononnya Datuk Seri Anwar berbohong apabila menyatakan bahawa beliau mempunyai sokongan yang kukuh dan meyakinkan pada 22 September 2020 telah pun terjawab dengan sendirinya,” ujarnya.
Terdahulu, Tajuddin melalui sidang media khasnya di salah sebuah hotel di Petaling Jaya semalam mengakui kewujudan akuan bersumpah (SD) daripada ahli Parlimen UMNO untuk menyokong Anwar menjadi perdana menteri sememangnya wujud.
Menurut Tajuddin, beliau adalah saksi hidup yang turut menandatangani SD itu meskipun yang pada awalnya menolak cadangan pucuk pimpinan parti berkenaan.
Pada September 2020, Anwar mendakwa kerajaan Ahli Parlimen Pagoh, Mahiaddin Yassin ketika itu telah runtuh apabila beliau yakin telah mempunyai majoriti hampir dua pertiga Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.
Anwar dalam sidang media khas berkata, beliau sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk menghadap, namun terpaksa ditangguhkan selepas baginda menerima rawatan di IJN.
Walaupun tidak mendedahkan butirannya ketika itu, ada desas-desus mengatakan sokongan itu turut datang dari Ahli Parlimen UMNO yang tidak berpuas hati dengan corak pentadbiran Perikatan Nasional (PN) ketika itu.
![]() |
Ejekan terhadap Anwar telah dijawab Tajuddin |

0 Comments