PEGUAM Syahredzan Johan mempersoalkan alasan sebenar disebalik tindakan pihak polis memanggil bekas senator, Siti Aishah Shaik Ismail untuk disiasat berhubung video dimuatnaik di aplikasi TikTok.
Melalui satu kenyataan, Syahredzan mempersoalkan sama kerajaan menerima ancaman melalui video yang berkisar isu subdisi itu atau merasa takut dengan isu yang diketengahkan bekas Ketua Srikandi KEADILAN itu.
“Adakah tindakan yang diambil terhadap Siti Aishah disebabkan video TikTok itu telah menjadi begitu tular, sehingga menyebabkan ada pihak yang rasa tidak senang dengan video tersebut?
“Ia menimbulkan persoalan sama ada kerajaan kini merasakan bahawa video TikTok boleh mengancam kedudukan mereka. Adakah kerajaan takut dengan video TikTok?
“Kerajaan digesa memberi ruang kepada suara-suara menentang (dissenting voices) dan menjunjung hak untuk bersuara dan memberikan pendapat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Jangan bungkam suara yang tidak sehaluan dengan kerajaan,” katanya dalam kenyataan.
Pada 23 Jun lalu, Siti Aishah menerusi akaun Twitterny berkongsi pautan ke video TikTok miliknya pada 23 Jun lalu dan mengulas isu berkaitan keputusan kerajaan menarik subsidi minyak dalam botol mulai 1 Jul.
Kandungan berkisar subsidi dan harga barang yang menjadi asas kepada video Aishah menjadikan video itu kini sudah mendapat 2.5 juta tontonan, lebih lebih 142,000 sukaan (likes) dan lebih 43,000 perkongsian (shares).
Siti Aishah dalam satu kenyataan memaklumkan pihak polis bersama pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menyerbu rumahnya.
Sebuah sebuah telefon bimbit miliknya dirampas sebelum beliau membawa dia ke balai untuk diambil keterangan.
"Pada jam 1.40 petang tadi, tiga kenderaan, satu daripada SKMM dan dua daripada polis bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah hadir ke rumah saya yang waktu itu ada ayah saya sahaja.
"Saya pulang sekitar jam 15 minit selepas itu, mereka membuat serbuan bilik saya melihat telefon yang saya guna untuk TikTok, memuat naik video, rakaman video dan sebagainya dah dirampas dan saya bawa Balai Polis Sungai Senam, Ipoh di unit siasatan jenayah untuk disiasat," katanya pada satu kenyataan.
![]() |
Tak perlu ambil tindakan pada pengkritik k'jaan |
“Tidak ada sebab mengapa tindakan seperti ini, yang boleh dianggap tidak berkadar (disproportionate), perlu diambil ke atas seseorang yang hanya membuat video TikTok mengkritik kerajaan,” katanya.