Kempen PRU: Rafizi 'turun padang' mulai 1 Julai ini


RAFIZI RAMLI
mengumumkan akan mula menggerakkan kempen secara tersusun setiap minggu mulai 1 Julai ini.

Dalam satu kenyataan, Rafizi yang secara tidak rasmi telah memenangi jawatan Timbalan Presiden KEADILAN pada pemilihan yang diadakan baru-baru ini menjelaskan bahawa kempen itu adalah sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Keputusan itu susulan jangkaan bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan seawal Ogos atau September ini untuk membolehkan Bajet 2023 dibentangkan kerajaan baharu.

“Saya akan mula berkempen secara tersusun setiap minggu bermula 1 Julai 2022 sebagai persediaan menghadapi PRU15.

“Jangkaan saya ialah Dewan Rakyat akan dibubarkan seawal Ogos atau September 2022 untuk membolehkan Bajet 2023 dibentangkan oleh kerajaan baru

"Kandungan utama siaran kempen akan tertumpu kepada kupasan idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah-masalah utama yang dihadapi rakyat Malaysia sekarang termasuk lima teras kempen Ayuh Malaysia yang telah diumumkan sebelum ini ,” katanya bekas Ahli Parlimen Pandan itu.

Mengulas lanjut beliau berkata, akan berkempen menggunakan pentas Ayuh Malaysia.

Bermula dengan latihan peringkat nasional kepada sukarelawan Ayuh Malaysia pada 2 Julai ini di Kuala Lumpur  beliau akan mengumumkan jadual kempen mengikut bandar dan kerusi-kerusi Parlimen minggu ini.

Antara kumpulan pengundi yang menjadi keutamaan kempennya itu merupakan pengundi tegar KEADILAN dan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang perlu dipertahankan, pengundi atas pagar yang akan mengundi di kerusi-kerusi utama dan pengundi kali pertama yang terdiri daripada kalangan bawah 25 tahun serta yang tidak pernah mengundi.

“Walaupun keadaan telah banyak berubah, saya percaya kesungguhan kita mendekati rakyat akan dapat memenuhi sasaran kempen untuk meningkatkan kadar keluar mengundi serta menarik minat pengundi atas pagar dan pengundi kali pertama,” katanya.

Mula kempen untuk hadai PRU15
Meskipun tidak memaklumkan tarikh sebenar PRU, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak menolak kemungkinan PRU15 diadakan sebelum Julai 2023.

Naib presiden Umno itu berkata pilihan raya paling lewat boleh diadakan pada Julai (2023), apabila tamat tempoh (penggal) bagi pilihan raya umum yang lalu.

Post a Comment

0 Comments