KENYATAAN sorang menteri kabinet yang menyifatkan cadangan membenarkan pendatang tanpa dokumen bekerja di negara ini sebagai 'idea bodoh' diselar bekas ketua menteri Sabah Harris Salleh.
Dipetik laporan media, Harris menegaskan bahawa Menteri Sumber Manusia M Saravanan harus meletak jawatan susulan kenyataannya itu.
Jelasnya, isu membenarkan pendatang tanpa dokumen bekerja telah diputuskan oleh Jemaah Menteri, lapor Daily Express.
“Oleh itu, (jika) mana-mana menteri tidak bersetuju dengan keputusan Jemaah Menteri atau kerajaan persekutuan, beliau harus meletak jawatan. Ini adalah demokrasi berparlimen,” kata.
Pada pelancaran forum mengenai migrasi modal insan di Sabah minggu lepas, Saravanan berkata, tindakan terbaik adalah menghantar pendatang sedemikian pulang ke negara asal.
Kenyataan Saravanan itu turut ditempelak pemimpin pembangkang dan aktivis hak asasi.
M KulaSegaran menyelar penggantinya itu kerana kenyataan “kesat, tidak wajar, keras” mengenai pendatang tanpa izin.
Beliau yang berkhidmat sebagai menteri sumber manusia ketika kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN), menegaskan bahawa kerajaan terdahulu memberikan pengampunan kepada pendatang tanpa izin.
Ini termasuk pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), di mana Saravanan pernah berkhidmat.
“Adakah dia mengatakan bahawa kerajaan-kerajaan ini juga bodoh?” soal Ahli Parlimen Ipoh Barat itu dengan menegaaskan bahawa kerajaan mesti mendekati golongan itu bagi menyelesaikan isu pekerja asing
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago juga membidas Saravanan dengan berkata kenyataan menteri itu “jauh lebih bodoh” apabila mengabaikan idea yang baik untuk membenarkan pendatang tanpa dokumen dalam tenaga kerja.
“Pekerja tanpa dokumen sudah pun bekerja di sini. terdapat keperluan mendesak untuk ramai pekerja.
“Jadi, untuk kebaikan, benarkan dan gerakkan pekerja tidak berdokumen ini kepada syarikat yang memerlukan mereka,” kata Santiago dalam Twitternya.
Aktivis hak pekerja asing Adrian Pereira pula beranggapan Saravanan tidak memahami isu migrasi antarabangsa, malah terkejut bahawa Saravanan menolak idea membenarkan pendatang tanpa izin kerana negara telah melaksanakannya sebelum ini.
Sementara itu Harris dalam laporan media menjelaskan kebanyakkan pekerja tanpa dokumen asalnya memasuki negara ini melalui “saluran yang betul”, namun kerana tiada sebarang proses undang-undang selanjutnya, dokumen sah mereka menjadi lapuk.
![]() |
Kenyataan Saravanan ditempelak ramai |
“Tanpa pekerja-pekerja ini, ekonomi Sabah akan lumpuh,” katanya lagi.
0 Comments