PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) hari ini membuat gesaan supaya kerajaan diketuai Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelan menangani isu subsidi dan kos sara hidup rakyat dalam masa 24 jam.
Melalui satu kenyataan, Majlis Presiden gabungan itu mahu menteri bertanggungjawab dalam isu tersebut meletak jawatan sekiranya gagal mengemukakan pelan tersebut.
Menggesa supaya kerajaan bersikap serius dalam menangani isu rakyat, mereka menegaskan akan menggerakkan mobilisasi membantah kegagalan kerajaan itu.
“HARAPAN akan mengambil beberapa tindakan termasuk mobilisasi massa bersama masyarakat sivil dan mana-mana pihak lain yang ingin bersama bagi menyuarakan kemarahan rakyat,” katanya mereka dalam kenyataan.
Kerajaan sebelum ini dikritik susulan kegagalan mereka mengawal kenaikan harga barangan keperluan asas terutama selepas rakyat tertekan susulan pendemik Covid-19.
Ia tidak terhenti setakat itu apabila kerajaan sekali lagi dilihat gagal memastikan jaminan makanan yang terbukti apabila negara berdepan isu bekalan ayam baru-baru ini.
Lebih mencemaskan adalah kemungkinan berlakunya peningkatan kos barang dan perkhidmatan susulan laporan kemungkinan tarif elektrik akan dinaikkan dan pemansuhan beberapa subsidi dan harga siling barang keperluan seperti diumumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi semalam.
“Majlis Presiden amat risau dengan perkembangan isu kos sara hidup terutama selepas pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada Selasa bahawa subsidi bagi minyak masak botol, telur dan ayam akan dihapuskan mulai 1 Julai.
“Dalam keadaan ekonomi rakyat amat terkesan akibat pandemik Covid-19, kehidupan rakyat bakal bertambah parah apabila harga barang bakal meningkat
Mengulas lanjut mereka berkata, kerajaan ketika ini masih belum mengumumkan sebarang mekanisme, dana serta garis masa pelaksanaan subsidi bersasar walaupun hanya tinggal lebih kurang seminggu hingga terhapusnya subsidi dan harga siling tersebut.
Jelas mereka, ia tidak memberi banyak masa kepada rakyat untuk bersiap sedia menghadapi peningkatan kos sara hidup yang berkemungkinan meningkat berkali ganda.
![]() |
K'jaan tak ada pelan ringan beban rakyat? |
Kenyataan itu ditandatangani Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook; dan Presiden Upko, Madius Tangau.
0 Comments