SPRM perlu bawa pulang segera setiap sen dana 1MDB - Anwar


PENGERUSI
Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mengambil tindakan pantas membawa pulang setiap sen dana syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Melalui satu kenyataan, Anwar berkata, isu itu berkait rapat dengan sikap individu terhadap rasuah dan penyelewengan dana awam oleh penguasa.

"Sikap tegas kita terhadap rasuah dan salah guna kuasa adalah cerminan integriti masyarakat yang tinggi dan tidak harus ada kompromi sama sekali dalam hal membabitkan integriti.

"Saya menyambut baik kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki terkait usaha untuk membawa pulang setiap sen dana syarikat 1MDB," kata Ketua Pembangkang di Parlimen itu.

Anwar sebelumnya mengulas kenyataan Azam yang dilapor berkata, usaha untuk membawa pulangan setiap sen dana syarikat 1MDB yang diseleweng masih belum selesai.
 
Azam berkata, sejak 2018, kerajaan sudah meningkatkan pelbagai usaha untuk mendapatkan kembali aset 1MDB, termasuk melakukan pendakwaan terhadap pegawai kanan kerajaan dan tokoh politik.

SPRM turut bekerjasama dengan beberapa badan antarabangsa dan agensi penguat kuasa asing bagi mendapatkan semula hasil serta aset yang diperoleh secara jenayah.

1MDB dianggap sebagai skandal kewangan terbesar
November tahun lalu, suruhanjaya itu memaklumkan, kerjasamanya dengan agensi penguat kuasa antarabangsa berjaya memulangkan aset 1MDB lebih RM20.53 bilion kepada kerajaan Malaysia.

Agensi itu masih giat meneruskan pemulihan aset 1MDB dalam dan luar negara termasuk di Amerika Syarikat (AS), Emiriah Arab Bersatu (UAE), Taiwan dan Singapura

Post a Comment

0 Comments