Apa dah jadi dengan projek kilang baja dan makanan ternakan?



AHLI PARLIMEN Bukit Mertajam, Steven Sim Chee menggesa kerajaan memberi perhatian serius terhadap isu sekuriti makanan negara.

Dalam satu kenyataan, beliau menegaskan bahawa pengalaman pandemik selama dua tahun harus dijadikan pengajaran untuk memperkukuhkan kedayatahanan negara dalam aspek sekuriti makanan terutama berdepan faktor-faktor global yang tidak menentu,” katanya.

Merujuk isu kekurangan bekalan ayam yang hangat diperkata baru-baru ini, beliau berkata bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) gagal dalam menguruskan industri itu sehingga mengakibatkan harga bahan makanan itu melambung.

"Kenyataan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) hari ini bahawa tidak sampai 10 peratus subsidi yang telah dijanjikan telah dibayar bukti kegagalan kerajaan dalam menguruskan isu industri ayam.

“Kegagalan kerajaan menunaikan janji subsidi ayam telah menyebabkan harga ayam tetap mahal walaupun ada harga siling dan bekalan ayam berkurangan sehingga 50% di pasaran.

"Tidak hairanlah pengusaha tempatan terus-menerus mengadu bahawa penetapan harga siling yang tidak berpatutan berbanding kos mereka telah mengakibatkan mereka mengalami kerugian besar.

“Akhirnya pengusaha tempatan dan pengguna menjadi mangsa kegagalan kerajaan,” tambahnya.

Beliau turut membangkitkan persoalan mengenai projek pembuatan baja dan makanan haiwan ternakan yang dirancang sebelum ini di Samalaju, Sarawak iaitu Malaysia Phosphate Additives (MPA) Sarawak yang melibatkan pelaburan Khazanah Nasional.

“Kilang ini sepatutnya dirancang untuk membekalkan baja dan makanan haiwan ternakan bagi sektor pertanian dan penternakan negara.

“Namun, apa yang berlaku dengan projek dan rancangan ini?” soalnya.

Apa dah jadi dengan projek dedak dan baja?
Difahamkan, MPA Sarawak telah ditubuhkan sebagai sebuah syarikat usaha sama antara Samalaju Industries Sdn Bhd (SISB), Malaysian Phosphate Venture Sdn Bhd dan Arif Enigma Sdn Bhd, untuk membina kompleks bersepadu fosfat itu.

Pembinaan itu dilapor pada 2019 masih berjalan dan fasa pertama yang terdiri daripada tiga loji bersepadu disasarkan siap menjelang penghujung 2020.

Post a Comment

0 Comments