Oleh: AMBIGA SREENEVASAN | “Tiada gunanya bercakap tentang kepentingan institusi, urus tadbir dan terutamanya hak asasi. Orang hanya peduli dengan isu keperluan harian dan bukan konsep yang mereka tidak faham!”
Sentimen ini selalu saya dengar. Kebanyakan daripada pihak yang bergelumang dengan politik yang percaya bahawa untuk mengambil hati rakyat, kena uruskan masalah mereka–antaraya keperluan harian seperti kos hidup dan gaji. Oleh itu, fokus mereka (terutamanya menjelang pilihan raya umum ke-15) adalah untuk meringankan beban harian, contohnya dengan pemberian bantuan.
Jangan salah sangka. Saya tidak menentang usaha meringankan bebab rakyat pada bila-bila masa pun. Bagaimanapun, institusi yang kukuh, hak asasi dan urus tadbir yang baik penting jika kita mahu melangkah maju sebagai sebuah negara dan mempertingkatkan kualiti hidup rakyat dalam tempoh yang lama.
Lihat saja tahun-tahun lepas. Kegagalan menguruskan banjir Disember lalu menyebabkan kerugian harta benda dan korban nyawa. Ia disebabkan oleh urus tadbir yang lemah serta kegagalan institusi. Perkara ini diburukkan lagi dengan kemusnahan alam sekitar dan pemusnahan hutan secara berleluasa yang menyebabkan tragedi tanah runtuh.
Ingat, ingat
Artis grafik politik Fahmi Reza ditekan banyak kali, juga peserta acara nyalaaan lilin dan perhimpunan aman lain. Semua ini berpunca daripada terhakisnya hak asasi kebebasan bersuara dan berhimpun. Dalam kes Fahmi, pemimpin kita tak faham satira!
Di Kelantan, pemusnahan tanah adat Orang Asli dan pemusnahan alam di Gua Musang bagi memberi laluan kepada projek hidro elektrik juga berpunca daripada kegagalan institusi. Penjarahan tanah petani yang berdekad-dekad digunakan untuk bercucuk tanam menyebakan melemahnya hak asasi serta mengancam jaminan makanan.
Tetapi mendabik dada ketika instusi kita gagal dalam kerosakan tiada penghujung ini meletakkan kita di kedudukan yang lebih rendah daripada sepatutnya.
Perlembagaan Persekutuan, hak asasi manusia, kebebasan asas dan institusi yang kukuh bukan hanya untuk perbincangan segelintir orang.
Kesannya bukan hanya pada isu keperluian harian tetapi hidup dan kewujudan kita. Kita adalah negara yang dibina atas landasan kedaulatan undang-undang dengan sistem urus tadbir yang mesti tertakluk padanya. Kita juga harus mengambil kira tanggungjawab di peringkat antarabangsa.
Gempa landa institusi
Institusi kita penting. Justeru itu kita semua harus melindungi dan mempertahankannya. Institusi yang kukuh membuatkan kita selamat. Institusi penting ketika terdapat pihak yang mencari kepentingan peribadi dan kuasa.
Dalam beberapa minggu terakhir ini, kita lihat gempa melanda dua institusi penting dalam negara, iaitu badan kehakiman (tonggak ketiga kerajaan dan pelindung rakyat) dan Suruhanjaya Sekuriti, yang mengawal selia dan melindungi pasaran modal dan pelaburan negara,
Sebagai seorang yang melalui krisis kehakiman 1988 dan serangan terhadap kebebasan asasi, saya bimbang kita diheret semula ke hari-hari gelap itu.
Institusi-institusi itu diserang hanya kerana menjalankan fungsinya selari dengan perlembagaan. Institusi-institusi lain kelihatan seperti sudah membantu dan bersubahat dengan pelaku kesalahan.
Kedaulatan nstitusi mesti dipertahankan |
Seseorang hanya perlu bertanya, siapa yang mendapat manfaat daripada semua ini dan siapa di belakang mereka.
Harga sebuah kejujuran
Tragedinya sekarang, orang yang jujur dan buat kerja dipersoalkan. Ia dilakukan oleh pihak yang tidak mengerti maksud kejujuran.
Jika kita membenarkan orang yang jujur ditekan dan dibuli, apa harga diri kita?
AMBIGA SREENEVASAN ialah peguam, aktivis, pernah berkhidmat sebagai presiden Majlis Peguam dan Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM) serta bekas pengerusi bersama Bersih.
Tulisan ini asalnya disiarkan Between The Lines dan ia tidak semestinya mencerminkan pendirian Kartelmedia.
0 Comments