BEBERAPA Ahli Parlimen pembangkang menuntut penjelasan perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob sama ada menantunya Jovian Mandagie, dibawa menyertai rombongan ke Jepun menggunakan dana awam atau sebaliknya.
Gesaan itu susulan imej pertemuan Ismail Sabri dengan Datuk Bandar Itabashi, Takeshi Sakamoto, di Tokyo yang dimuat naik oleh agensi berita nasional, Bernama, melalui akaun Twitter mereka pada 24 Mei lalu yang memaparkan imej individu didakwa Jovian.
Fahmi Fadzil (HARAPAN-Lembah Pantai) mendesak penjelasan diberikan kepada rakyat, bagaimana Jovian membayar perbelanjaan perjalanannya ke Jepun.
"Saya fikir rakyat berhak tahu sama ada Jovian pergi ke Jepun menggunakan wang kerajaan atau wang sendiri.
"Kalau dia menggunakan dana negara, adakah ahli keluarga perdana menteri layak, atau memang ada susunan tertentu?
"Adakah ia dibenarkan undang-undang?" katanya dipetik Malaysiakini.
Dipetik laporan itu lagi, sesetengan pihak tidak menyenangi penyertaan Jovian dalam rombongan Ismail Sabri. Sebagai seorang pereka fesyen, Jovian didakwa berperanan sebagai penasihat tatarias untuk Sabri.
Kunjungan Ismail Sabri ke Jepun bukan sahaja dikritik susulan penyertaan Jovian, gambar ahli parlimen Bera itu bertemu rakan sejawatnya dari Singapura di Tokyo sehari kemudian dirakamkan dengan pakaian yang didakwa mewah turut dikecam warganet.
Warganet mendakwa kemeja hitam, biru dan putih dipakai Ismail Sabri itu adalah jenama terkenal British, Burberry. Menurut laman sesawang Burberry Malaysia, harga baju berkenaan ialah RM5,500 sehelai.
Fahmi ketika mengulas perkara itu berkata, walaupun perdana menteri berhak memakai apa saja baju yang dimahukannya, tetapi tindakannya itu juga mencipta persepsi yang menunjukkan ahli politik terbabit sebenarnya tidak memahami sentimen semasa rakyat yang kini dihimpit pelbagai isu berkaitan kos sara hidup.
"Betul, perdana menteri boleh memakai apa yang dia mahu tetapi kalau kita masih ingat, Rosmah dulu selalu dilihat bersama beg-beg tangan yang mahal.
"Rosmah juga berhak menggunakan beg tangan itu tetapi ia menjadikan dia dilihat sama sekali tidak memahami keadaan semasa rakyat.
"Saya harap Ismail Sabri tidak mengulangi kesilapan itu," katanya merujuk isteri bekas perdana menteri, Najib Razak yang dikritik kerana sering memaparkan cara hidup mewah sebelum ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kulai dari Harapan berkata bahawa beliau percaya pemilihan pakaian oleh naib presiden Umno itu telah memberi kesan negatif kepadanya.
“Kadar gaji minimum di negara ini ialah RM1,500 sebulan. Walaupun gaji perdana menteri cukup tinggi untuk dia membeli baju Burberry RM5,500, itu tidak mencerminkan keadaan dirinya.
“Selepas 1MDB, Malaysia tidak memerlukan lagi pemimpin tertinggi yang terkenal memakai barangan berjenama,” katanya yang juga menuntut penjelasan berhubung kehadiran Jovian dalam rombongan Ismail Sabri.

PM 'Keluarga M'sia' dituntut beri penjelasan |

0 Comments