VETERAN politik, Lim Kit Siang menyatakan kebimbangannya terhadap masa depan Malaysia yang disifatkannya sedang merosot dari segi persepsi rasuah.
Tegas Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dalam satu kenyataan, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) kembali merosot selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada 2020.
"Kedudukan negara-negara yang berada di kedudukan bawah dalam senarai penarafan CPI TI dalam siri pertama pada 1995 - seperti China, Thailand, India dan Indonesia - pantas mengejar kedudukan Malaysia, yang mengalami kemerosotan sejak 1995," katanya.
Kemerosotan itu jelasnya berjaya dihentikan kerajaan HARAPAN ketika menerajui pentadbiran negara. CPI 2019 menyaksikan negara mencapai prestasi terbaik dalam tempoh 25 tahun.
Namun selepas berlakunya 'Langkah Sheraton' yang menyaksikan pentadbiran negara bertukar, kedudukan Malaysia dalam indeks itu kembali tergelincir seperti sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 9 Mei 2018 dan ia nampaknya tidak terhenti di situ.
Negara terus diselubungi pelbagai isu termasuk skandal pemilikan saham pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan masalah integriti dalam kehidupan seharian.
Lim juga membangkitkan kebimbangan mengenai kedudukan Malaysia dalam CPI tahun ini dan kemungkinan berada pada kedudukan terburuk dalam sejarah.
"Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang berkaitan harus memanggil Ketua Pesuruhjaya SPRM (Azam Baki) untuk memberi keterangan tentang apa yang dilakukan bagi memastikan Malaysia tidak menjadi salah satu negara paling korup di Asia menjelang akhir dekad ini dan kalah kepada China, India, Vietnam, Sri Lanka, Thailand, Indonesia dan Filipina dalam TI CPI 2030 selepas dipintas oleh Taiwan dan Korea Selatan dalam dua dekad yang lalu," katanya.
BACA: Selamatkan negara, Anwar janji lawan rasuah dan penyelewengan kuasa
Sebagai rekod, pemimpin HARAPAN sering menegaskan peri pentingnya negara diselamatkan dari budaya rasuah yang semakin membimbangkan.
CPI merosot lepas HARAPAN 'ditumbangkan' |
Sehubungan itu tegas Anwar perkara itu merupakan keutamaannya sekiranya rakyat memberi kepada HARAPAN untuk mentadbir negara pada PRU-15 akan datang.
0 Comments