Kebenaran dakwaan Anwar


Oleh:  MOHD SAYUTI OMAR | Malam tadi semasa berdebat dengan Najib Razak, Anwar kata kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) 22 bulan lebih berjaya berbanding kerajaan BN. Ada benarnya dakwaan Anwar itu.

Pagi tadi saya minum bersama seorang pegawai kerajaan, bertaraf Jusa. Dia menceritakan perihal macam mana cerita bekas Pengarah Jabatan Persekutuan (JPP) Kelantan, yang pening kepala di era kerajaan BN dan lega semasa kerajaan HARAPAN kerana terlalu ramai kakitangan sehingga setengahnya tidak tahu nak suruh buat apa.

Kerajaan 22 HARAPAN berjaya mereformkan jabatan berkenaan dengan mengurangkan jumlah kakitangan. Semasa JPP dibawah BN, kakitangan berjumlah 270 orang, tetapi bila HARAPAN ambil alih, kakitangannya 75 orang sahaja.

Menurut rakan itu, bekas pegawai itu pening kepala dan tidak tahu apa yang beliau harus lakukan dengan kakitan berjumlah 270 orang itu, sampai membuat jenaka nak lelong kerani dan driver yang ramai, melebihi daripada keperluan.

Begitu juga dengan kakitangan bertaraf pegawai. Lantaran itu para pegawai itu tidak tahu ke mana hendak ditempatkan, menyebabkan mereka tidak ada tugas dan pagi petang ke pejabat menghabiskan masa di kedai kopi. Kemasukan atau pengambil pegawai itu walaupun bukan keperluan jabatan tetapi terpaksa diambil kerana dihantar oleh orang politik yang masing-masing minta agar menempatkan orangnya di jabatan itu.
 
Hal ini tidak berlaku semasa kerajaan HARAPAN. Situasi ini membenarkan apa yang didakwa oleh Anwar itu. Dan apabila kerajaan HARAPAN hilang, diganti dengan kerajaan sekarang ini, maka situasi dahulu katanya kembali semula di Jabatan Persekutuan Kelantan itu.

Anwar tekankan isu integriti dalam pentadbiran
Itu satu aspek sahaja, tetapi masih banyak aspek lain yang membezakan kerajaan HARAPAN dengan kerajaan BN dan kerajaan hari ini. Jadi kalau Anwar kata kerajaan 22 bulan HARAPAN lebih baik ada munasabahnya berpandukan kepada contoh apa berlaku di JPP Kelantan itu.

MOHD SAYUTI OMAR adalah pemerhati politik semasa tanah air yang pernah menghasilkan beberapa naskah buku.

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis , ia tidak semestinya mencerminkan pendirian Kartelmedia.

Post a Comment

0 Comments