Pemilihan KEADILAN 2022: proses di K'tan dan T'ganu berjalan aman

 


PROSES Pemilihan Parti KEADILAN 2022 yang dijalankan secara fizikal di Kelantan dan Terengganu bagi jawatan di peringkat pusat, cabang dan sayap, berlangsung dengan lancar dan selesai tepat 5 petang semalam.

Bernama dalam laporannya dipetik berkata tinjuan mendapati proses pengundian dijalankan dengan teratur dan tenang tanpa sebarang insiden provokasi atau kekecohan.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) negeri Kelantan, Datuk Seri Mohd Supardi Md Noor berkata, pemilihan bermula sejak 9 pagi melibatkan 14 cabang iaitu Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Puteh, Machang,Tumpat, Ketereh, Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Pasir Mas, Rantau Panjang dan Gua Musang.

"Bagi pemilihan ketua cabang KEADILAN di Kelantan, lima cabang iaitu Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli, Rantau Panjang dan Tumpat telah menang tanpa bertanding termasuk kesemua ahli jawatankuasa.

"Oleh itu, lima cabang ini kini hanya fokus untuk memilih calon yang bertanding bagi peringkat pusat sahaja,” katanya menurut laporan itu.

Sementara di Terengganu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu Azan Ismail berkata proses pengundian di lapan cabang iaitu Kemaman, Besut, Hulu Terengganu, Dungun, Kuala Terengganu, Setiu, Kuala Nerus dan Marang berjalan dalam keadaan tenang.

"Proses pemilihan berjalan lancar, tiada sebarang kekecohan, berjalan dengan semangat kekeluargaan dan seramai 15 pengawas pemilih ditempatkan di setiap pusat pengundian, serta proses ini juga diperhatikan wakil-wakil calon yang bertanding demi memastikan ketelusannya,” katanya.

Proses berjalan dalam suasana kekeluargaan
Hari ini pengundian secara fizikal diteruskan bagi Kedah dan Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Dr Zaliha Mustafa  sebelum ini memaklumkan bahawa Pahang dan Wilayah Persekutuan akan menjalankan pengundian secara fizikal pada Ahad, diikuti Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan (16 Mei), manakala Selangor (21 Mei), manakala Perak, Sabah dan Sarawak (22 Mei).

"Pengundian secara dalam talian bagi ahli KEADILAN di luar negara akan diadakan 17 Mei dan undian dalam talian bagi ahli parti selebihnya, diadakan dari 18 hingga 20 Mei ini melalui aplikasi ADIL.

Post a Comment

0 Comments