PAKATAN HARAPAN (HARAPAN) diramalkan tewas pada dua lagi pusingan pilihan raya umum sebelum menguasai Putrajaya.
Pandangan itu dinyatakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar pada satu temu bual bersama Sinar Harian.
“Saya rasa tidak mudah untuk HARAPAN menang dalam PRU akan datang dan kita kena bersedia untuk kalah dua pusingan untuk impak lebih positif serta kembali diterima oleh rakyat.
“Kenapa saya mempunyai pandangan negatif mengenai keputusan PRU15?
“Saya amat realistik kerana pada saya kita akan mengambil masa untuk melakukan dengan jayanya perbezaan produk kerana rakyat dan saya sendiri masih trauma dengan apa yang berlaku semasa HARAPAN menjadi kerajaan selama 22 bulan, sebelum ini,” kata.
Tambah Nurul Izzah, kegagalan kerajaan HARAPAN yang ketika itu dipimpin Tun Dr Mahathir menunaikan beberapa dasar dan manifesto menghilangkan keyakinan bahawa rakyat sekali lagi bakal memilih HARAPAN.
Namun beliau mengakui tempoh 22 bulan HARAPAN menjadi kerajaan sememangnya terlalu singkat untuk dinilai berbanding BN yang berkuasa selama lebih enam dekad.
“HARAPAN banyak belajar dan maklum balas rakyat daripada pengamalan itu. Jika mahu dibandingkan antara kegagalan HARAPAN menunaikan manifesto semasa menjadi kerajaan selama 22 bulan dengan BN selama lebih enam dekad memang jauh.
“Kalau dinilai jumlah manifesto berjaya dilaksanakan BN mungkin dapat markah F (gagal),” katanya lagi.
Mengulas lanjut mengenai jangkaanya pada pilihan raya akan datang, Nurul berkata bukan sahaja HARAPAN akan menerima kesan, malah parti lain khususnya Umno turut akan berdepan kehilangan banyak kerusi pada PRU15.
“Mungkin Umno dan BN berasa yakin boleh menang tetapi mereka kena ingat perkara itu belum pasti kerana pengundi atas pagar belum lagi mengaum sekuat mungkin.
![]() |
Semua parti politik bakal terkesan |
“Apabila semua sektor ekonomi sudah dibuka sepenuhnya sudah pasti pengundi akan keluar beramai-ramai, saya rasa semua Ahli Parlimen patut berasa takut,” katanya yang kini fokus menarik sokongan pengundi atas pagar.
0 Comments